Tuesday 13 December 2016

TUNE HOTEL SEPANG

Tune Hotel
Lot PT29
Jalan KLIA S4
64000 KLIA
Sepang, Selangor.

Tel : +603-8787 2840


Web : Tune Hotel



Aku tidak pernah menginap di Tune Hotel, malahan tidak pernah terpikir untuk tido kat Tune pun. 

Kenapa Tune Hotel tidak pernah jadi pilihan, entah aku pun tak tahu.

Jejak kaki ke Tune Hotel Sepang pun sebab jadi Pak Supir untuk rakan keluarga dari Singapore, singgah KL sebagai transit ke Perth.

Melalui beliau baru aku tahu Tune Hotel ada 2 di sekitar KLIA, satu di Sepang berhampiran LCCT dan satu lagi berhampiran KLIA2 katanya.

Aku sendiri tak pernah nampak, dan tak pernah tahu ada Tune Hotel di KLIA2 !

Perkarangan hotel agak ramai dengan jemaah umrah dan ahli keluarga mereka. Terpaksa tunggu turn untuk snap picca pintu masuk Tune Hotel ha ha ha !

Hotel ini memang simple sakan, simple seperti mana kerabat Tune yang lain. Auto-gate pun tak berapa nak auto dah, security guard aku kira Mat Nepal main angkat tiang auto-gate pakai tangan saja.

Muka brade reception, macam familiar la pulok. Macam pernah nampak sebelum ini. Juga aku perasan, muka mengantuk ! Memang kami check-in agak lewat malam dah pun. 

Check-in pantas, cepat dan ringkas !

Lobi Tune Hotel Sepang ! Sesuai dengan taraf hotel bajet yang amatlah bajet. Tapi aku suka sebab simple, kemas dan bersih !

Tingkat berapa ? Entah, aku pun dah lupa tingkat berapa !

Macam hotel apartment. Bagus untuk pengaliran udara segar !

CCTV dimana-mana, perlu sebab bangunan Tune Hotel Sepang agak terbuka !

Wing yang bertentangan !

View sekitar Tune Hotel Sepang pada waktu malam !

Nun jauh di sana, terminal LCC, kini entah jadi apa !

Parkir banyak kosong !

Room for 2 (Double Room), masuk 2 orang pun akan bergesel montot ! Bilik kecil, sempit dan sendat !

Nak guna aircond kena bayar ! Tetapi kenapa perlu bayar lebih jika kipas sudah lebih dari cukup.

Kalau lihat rate di Agoda, harga bilik sebegini sekitar RM100 - RM160 bergantung pada hari. Kawan aku dapat rate sekitar 130++ ringgit.

Pada pendapat aku agak mahal jika dibandingkan dengan kemudahan yang ada. Tapi kawan aku bayar guna Sing dollar, jadi dia tak kisah sangat.

Cuma aku patut puji akan kebersihan bilik di Tune Hotel. Lain-lain, belum meyakinkan aku untuk menginap di sana !

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment