Thursday 24 November 2016

VISIT PERAK 2017 # Taman Herba Negeri Perak

Alu-aluan ! Tiket dilupa jangan, murah je !

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai
Kampung Kepayang, Batu Gajah
31300 Gopeng
Perak

Tel : +605-357 2290

Open Daily;


  • Monday - Thursday (8.30 am - 4.30 am)
  • Friday (8.30 am - 12.00 pm, 2.45 pm - 4.30 pm)
  • Saturday - Sunday (9.00 am - 3.00 pm)
  • Public Holidays (Special/Official Request)


Admission Fee : RM2 (Adult), RM1 (Below 12 Years Old)



Tidak sah ke Gopeng kalau tak menyinggah ke Kellie's Castle dan Taman Herba Negeri Perak !

Lokasi dua iconic pelancongan negeri Perak ini tidak jauh di antara satu sama lain.

Aku pernah melawat Kellie's Castle sebelum ini, tapi pada masa tersebut terlalu lewat untuk aku singgah ke Taman Herba Negeri Perak.

Taman ini menerima kehadiran pengunjung setiap hari kecuali pada hari kelepasan am.

Sempena VISIT PERAK 2017, pada hemat aku pihak taman sedaya upaya sedang meningkatkan kemudahan di taman ini untuk keselesaan pengunjung. 

Pintu utama pada waktu ini ditutup untuk dinaik taraf, katanya melibatkan pembinaan ticket booth yang baru.

Pintu masuk alternative dibuka buat sementara, menantikan siapnya pintu masuk utama diubahsuai.

Kehadiran pengunjung disambut oleh kehijauan pepohon herba, buah-buahan dan juga tumbuhan renek yang lain.

Juga tasik yang agak luas, tapi kurang diselenggara !

Pengunjung perlu memandu menuju blok pentadbiran, yang mana letaknya kaunter penjualan tiket.

Cuma 2 ringgit untuk dewasa, 1 ringgit untuk kanak-kanak.

Cukup murah !

Masa aku lawat taman herba ini, sekumpulan pekerja sedang mendirikan khemah untuk kerja nikah kawen !

Rupanya taman ini juga menyediakan kemudahan untuk menyewa tapak bagi mengadakan majlis kenduri kendara !

Bagus untuk mereka yang mahukan tema dalam taman, ataupun tidak mahu terperap di dewan seperti kebiasaan !


Pentadbiran dan kaunter tiket.

Sempoi hirup angin petang di tepi tasik sambil hirup kupi panas !

Zoom-in ! Nampak banyak rumpai sebab kekangan bajet untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Sekali hujan lebat daaaaa ! Tumpang berteduh di opis sekejap !

Kaunter informasi yang juga kaunter untuk dapatkan tiket. Hujan masih lebat kat luar. Berpayung pun kepompem basah kuyup nanti.

Produk hiliran berasaskan herba oleh IKS bumiputera. Pihak taman bantu promosi dan pasarkan kepada pengunjung.

Cordial herba !

Hujan pun sudah reda, jom jamu mata dengan hijau-hijauan !


Nasib tidak diterbangkan angin !

Pop kuiz ! anda kenal nama herba ini ?

Pop kuiz lagi ! ini buah apa ?

Sepasang, jantan kaler biru, betina kaler merah !

Anak sungai !

Teduhan untuk semaian dan tanaman herba ! ada empat kesemuanya kalau tak silap ! cuma satu sempat aku singgah sebab cuaca tidak mengizinkan.

Banyak info boleh dikutip !

Nasib aku kurang baik, kunjungan disertakan dengan hujan yang agak lebat. Jadi tak banyak kawasan boleh aku jelajahi.

Its always next time Inspector Gadjet !

Kunjungan singkat tapi cukup berinformasi. Inshaa Allah akan aku singgah lagi jika masih berpeluang.

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment