Thursday 27 October 2016

RuMaH SuDaH aDa auToGaTe !

Arm Gate System Model E3000

Tak perlu dah tengok kiri kanan usha penyamun sebelum keluar kereta untuk buka gate !

Tak perlu dah basah kuyup nak buka gate waktu hujan !

Tak perlu risau tinggalkan baby kejap dalam kereta untuk buka gate !

Tekan remote dan gate terbuka sendiri krek ! krek ! krek !

Bunyi krek ! krek ! krek ! sebab masih guna gate buruk. Gate asal yang dibekalkan oleh pemaju.

Nanti bila dah ada modal baru nak tukar gate, sama ada stainless steel atau gate aluminium yang nampak macam gate kayu. Cun !

Model autogate yang dipasang adalah E3000 keluaran Arm Gate System (tertera pada kotak).

Harga termasuk pemasangan RM1700 tidak termasuk wirering. Masa pasang doorbell dan sebelum pasang tiles pada porch, sudah wirering untuk autogate siap-siap (2 tahun sudah !).

Jika tengok mudah dan kedai online lain, ada harga lagi murah untuk model yang sama. Tapi aku tak mahu ambil risiko, biar harga mahal sikit tapi after sale service mantop dan aku tahu mana nak cari kontraktor yang supply / pasang just in case ada apa-apa isu selepas pemasangan.

Supplier dan contractor yang aku pilih ni pun tinggal tak jauh dari rumah aku, dan dah banyak kali guna service dia. So far ok dan aku puas hati dengan cara kerja dia.

Nanti aku review prestasi E3000. Mungkin 6 bulan atau setahun dari sekarang !

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment