Saturday, 29 October 2016

PeLaN PaSCaBaYaR CELCOM FIRST TeRBaRu DaRi CeLCoM


SMS dari Celcom pagi tadi;

RM0 You have been upgraded to new FIRST Gold ! Enjoy 10GB weekday internet plus 10GB weekend internet, unlimited calls to all networks and more with the same monthly fee. T&C

Pelan asal FIRST Gold adalah 5GB weekday internet plus 5GB weekend internet. Kini kuota internet tersebut telah dinaikkan menjadi double !

Tanpa sebarang pertambahan kos !

Senyum lebar hingga ke telinga !

Tapi aku bukan pengguna internet tegar pun. Kekadang kuota asal pun tak habis. Nasib baik boleh bring forward kuota internet yang tak habis ke bulan berikutnya.

Bagus untuk kaki online atau yang buat biz online.

Macam aku, rasa nak downgrade pun ada !

FIRST GOLD INTERNET PLAN

  • 20 GB monthly internet
  • Unlimited calls to all networks
  • Unlimited WhatsApp and WeChat
  • 1+5 family plan
  • Unlimited Yonder music


Selain dari FIRST Gold, pelan pascabayar lain pun turut sama dinaiktaraf. 

FIRST Platinum diupgrade kepada 60GB, juga dengan harga asal RM150 sebulan.

FIRST PLATINUM INTERNET PLAN

  • 60 GB monthly internet
  • Unlimited calls and SMS to all networks
  • Unlimited WhatsApp and WeChat
  • 1+5 family plan
  • Unlimited access to iflix for 12 months
  • Premium privileges


Diperkenalkan juga pelan pascabayar baru iaitu FIRST Gold Plus, 40GB sebulan hanya dengan RM98 !

FIRST GOLD PLUS INTERNET PLAN

  • 40 GB monthly internet
  • Unlimited calls to all networks
  • Unlimited WhatsApp and WeChat
  • 1+5 family plan
  • Unlimited Yonder music


Jadi, sila kunjungi mana-mana rangkaian Celcom berdekatan anda jika berminat. Bagi pelanggan Celcom sedia ada, anda tidak perlu berbuat apa-apa, pelan anda akan dinaiktaraf secara automatik.

Jom surfing sampai lebam !

Details sila layari Celcom

- Ketam Batu -

Friday, 28 October 2016

aSTRo MeNJaNGKau uSia 20 TaHuN TaPi HuJaN KeLaBu aSaP GaK !


Kalau tak kerana CPUV Campaigns kat Nuffnang, sampai ke sudah aku tak tahu usia Astro dah menjangkau 20 tahun.

Lagipun pasang Astro bukan aku selalu tonton pun, anak-anak yang conquer tengok kartun.

On behalf of mak aku kat kampung, dan seisi orang kampung aku, nak tanya dua soalan je :

1. Kenapa asal hujan je siaran Astro mesti jadi kelabu asap ?

2. Asyik-asyik ulang siar cerita sama, boring der !

Apa pun, selamat menyambut hari ulang tahun ke 20 Emchek Astro !

Kira sopan la aku panggil nama betul, biasa panggil Asteruk je !

- Ketam Batu -

Thursday, 27 October 2016

RuMaH SuDaH aDa auToGaTe !

Arm Gate System Model E3000

Tak perlu dah tengok kiri kanan usha penyamun sebelum keluar kereta untuk buka gate !

Tak perlu dah basah kuyup nak buka gate waktu hujan !

Tak perlu risau tinggalkan baby kejap dalam kereta untuk buka gate !

Tekan remote dan gate terbuka sendiri krek ! krek ! krek !

Bunyi krek ! krek ! krek ! sebab masih guna gate buruk. Gate asal yang dibekalkan oleh pemaju.

Nanti bila dah ada modal baru nak tukar gate, sama ada stainless steel atau gate aluminium yang nampak macam gate kayu. Cun !

Model autogate yang dipasang adalah E3000 keluaran Arm Gate System (tertera pada kotak).

Harga termasuk pemasangan RM1700 tidak termasuk wirering. Masa pasang doorbell dan sebelum pasang tiles pada porch, sudah wirering untuk autogate siap-siap (2 tahun sudah !).

Jika tengok mudah dan kedai online lain, ada harga lagi murah untuk model yang sama. Tapi aku tak mahu ambil risiko, biar harga mahal sikit tapi after sale service mantop dan aku tahu mana nak cari kontraktor yang supply / pasang just in case ada apa-apa isu selepas pemasangan.

Supplier dan contractor yang aku pilih ni pun tinggal tak jauh dari rumah aku, dan dah banyak kali guna service dia. So far ok dan aku puas hati dengan cara kerja dia.

Nanti aku review prestasi E3000. Mungkin 6 bulan atau setahun dari sekarang !

- Ketam Batu -

Wednesday, 26 October 2016

LuNCHeoN @ RuMBia CoFFee HouSe, de PaLMa HoTeL SHaH aLaM (2016)

Rumbia Coffee House
De Palma Hotel
Jalan Nelayan 19/15
40300 Shah Alam
Selangor.

Phone : +603-5542 8080 / 0695

Opening hours : 1000 - 2300

Monday : Selera Pantai Timur
Tuesday : Rasa-rasa Malaysia
Wednesday : Western Wagon
Thursday : Nasi Kandar
Friday : Selera Kampung


Ulam-ulamans @ salads


Kuih de muihs


Peberets - gulai kawah kambengs !


Antara tempat peberets untuk opis buat makan-makan sebab dekat nau dengan opis. 

Itu pun bukan selalu, setahun ada la dalam sekali dua. Jika bukan official functions pun, pakat-pakat collect duit sesama staf untuk raikan someone.

The current event pun sebab nak raikan colleague yang bakal bersara selepas menabur bakti selama lebih 30 tahun.

Sedih je muka, sebab nak tinggalkan tempat kerja dan kawan-kawan. Tapi kawan-kawan pulak mostly muka happy sebab dapat makan free hahahahaha !

Jahanam !

- Ketam Batu -

Tuesday, 25 October 2016

RiaNG Ria Di LoST WoRLD oF TaMBuN (2016)

Kembar Sunway Lagoon !

Lama pendam dan peram cerita ke Lost World of Tambun, dari bulan 6 yang lalu. Lost World merupakan salah satu wish list anak-anak yang juga sudah lama diperam sebab mak bapak kesuntukan masa dan kesenakan duit poket hahaha !

Kisah perjalanan kami ke Lost World bermula dari rumah di TM sebelum menyinggah di Agro Bazar RTC Gopeng sebab anak-anak mahu top-up munchy-munchy. Menariknya, pada masa tersebut ada Karnival Industri Asas Tani & Florikultur 2016 sedang berlangsung. Banyak produk-produk dan hasil industri hiliran berasaskan pertanian dipamerkan. 

RTC Gopeng

Produk hiliran industri tani !

Langsung teruskan perjalanan dari RTC Gopeng kerana kesuntukan masa dan hanya tiba di Lost World hampir jam 1 tengah hari. Agak panas terik, ramai pengunjung yang baru tiba ambil kesempatan untuk berteduh di bawah pokok sekitar tempat parking untuk berpicnic - makan tengah hari. Sedia maklum harga makanan di tempat sebegini seharusnya mahal-mahal belaka. Jadi ramai yang bawa bekal dari rumah dan makan kenyang-kenyang sebelum masuk. 

Kami pula, hanya melenggang kangkung tak bawa bekal walau dompet tak setebal mana. Agak-agaklah apa nak makan dalam nanti agar tidak berhabisan wang ringgit. Cuma bawa bekalan air masak, harap-harap boleh lepas untuk dibawa masuk nanti.

 Panas terik, tidak lapar tapi haus !

Ruang parkir kereta hampir penuh, menandakan agak ramai juga pengunjung yang datang walaupun bukan musim cuti sekolah, cuma hujung minggu yang biasa. Anak-anak minta bergegas beli tiket sebab tidak sabar untuk mandi-manda katanya. Sebelum itu sempat juga berposing bersama kucing batu depan pintu masuk ke Lost World.

Unsangkarable, parkir penuh tapi tidak ramai pula orang di kaunter tiket. Mungkin sebab ramai yang datang awal. Sementara tunggu giliran untuk beli tiket, snappy-snappy gelagat para pengunjung dengan Nikon D3100. Kalau di Sunway Lagoon dulu kena sediakan MyKad dan MyKid untuk pengesahan status warganegara tapi di Lost World tidak diminta pula. Mungkin harga tetap sama ada untuk warga tempatan mahupun warga asing.

Tiket dan harga !

Dewasa RM58 dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM51. Percuma jika ketinggian tidak mencapai 90 cm. Menariknya ada diskaun untuk pemegang keahlian Petronas Mesra dan ahli loyalti card yang lain. Jika tidak salah ingatan, diskaun sebanyak 10 peratus diberikan kepada ahli kad-kad tersebut.

Tiket dah beli, gelang pun sudah ada ditangan, tunggu apa lagi kata anak-anak, jom kita serbu main air ! Masa lalu security check, kena tunjuk semua yang ada dalam beg. Makanan langsung tak dibenarkan tapi bekalan air masak tiada masalah untuk dibawa masuk.

No outside food. Air masak dibenarkan !

Lost World of Tambun dibahagikan kepada beberapa bahagian sepertimana saudara kembarnya Sunway Lagoon.

1. Lost World Water Park
2. Lost World Amusement Park
3. Lost World Petting Zoo
4. Lost World Tiger Valley
5. Lost World Tin Valley
6. Lost World Adventure Park

Kepala anak-anak hanya nampak water park sahaja, lain-lain depa tak mahu tahu. Pujuk anak-anak kita jangan basah-basah dahulu. Riang ria di Amusement Park untuk main Perak Parade, Storm Rider, Giddy Galleon dan Dragon Flight.

Giddy Galleon !

Storm Rider !

Tapi sekejap je di Amusement Park. Satunya sebab tak banyak games dan orang juga tak ramai, tak perlu menunggu lama untuk main. Keduanya sebab anak-anak sememangnya tak sabar nak main air.

Ok lah anak-anak, jom kita berbikini !

Etika berpakaian di water park !

Tidaklah strict sangat asalkan pakai apa yang bersesuaian. Hemat kami, mandi-manda di Sunway Lagoon lagi menyeronokkan berbanding di Lost World of Tambun. Water park di Lost World agak kecil berbanding Sunway Lagoon. Kekurangan tersebut tidaklah sampai mencacatkan keunikan Lost World, masih lagi berbaloi untuk dikunjungi.

Akuarium dalam bilik persalinan.

Pantai tiruan !

Tiada ombak tiruan, Sunway Lagoon ada !

Jangan salah faham, hatta Lost World tidak sehappening Sunway Lagoon, anak-anak tetap enjoy dan gumbira sakan main air. Tapi lepas puas main air di bawah terik cahaya matahari, anak-anak mula mengadu lapar sebab dari pagi tadi mereka cuma bersarapan ringan di rumah. Seronok nak main air sampai lupa nak ambil makanan berat semasa sarapan.

Klasik !

Pejam mata sajalah !

Recharge tenaga dengan nasi ayam !

Lepas isi perut dengan nasi ayam dan 100 plus, anak-anak nak sambung main air tapi kedengaran siren memanggil-manggil. Jom kita follow dari mana datangnya bunyi siren tersebut.

Rupanya ada show nak bagi rimau makan di Lost World Tiger Valley. Berpusu-pusu orang berebut nak tengok, grand stand dah penuh sesak. Sipi-sipi pun ramai orang, maka terloncat-loncat kami di belakang meninjau apa yang ada kat depan. Anak-anak pula tiba-tiba hilang, rupanya menyusup di celah-celah orang ramai untuk ke depan.

Gah nama, macam banyak rimau !

Excited dapat makan daging !

Natang lain pun inteprem show !

Show bukan setakat bagi makan rimau. Ada show haiwan-haiwan lain juga seperti musang meniti tali, kakak tua main silap mata dan lupa dah yang lain. Paling grand tengok rimau makan lah. Menarik tapi sebab panas sangat tak boleh nak bagi tumpuan dah.

Belum habis show dah beredar cari tempat teduh, tak tahan beta dengan cuaca panas khatulistiwa !

Adventure Express !

Adventure Express akan pusing-pusing sekitar Lost World tapi anak-anak tak minat pula nak naik. Depa teruja nak naik Lupe's Adventure. Nak layan Lupe's Adventure memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Sabar bukan apa, panjang pula yang berbaris untuk tunggu giliran. Anak-anak tak kisah sangat, sanggup menunggu, janji dapat naik. Kami mak bapak hanya melepak di bawah pokok sambil menghirup 100 plus dingin. Nikmat seh !

Lupe's Adventure !

Haunted Chambers

Kalau ikutkan hanya separuh Lost World yang sempat kami teroka. Haunted Chambers macam best tapi dah kata heart conditions kena bagus baru boleh masuk, terus tak jadi. Anak-anak pun macam tak berminat. 

Tin valley, petting zoo dan adventure park pun kami tak sempat tinjau. Tak sempat dan juga anak-anak tak teruja untuk pergi tengok. Lepas main Lupe's Adventure, depa sibuk ajak main air semula. Manda manda basah badan kemudian ulang main Storm Rider dan Giddy Galleon.

Sebelum balik singgah booth photo, untuk beli gambar kenang-kenangan.

Hampir jam 7 bertolak balik ke TM. Cuma setengah hari di Lost World, singkat tapi cukup untuk menggembirakan hati anak-anak.

- Ketam Batu -

Monday, 24 October 2016

MeMoRi DauN PiSHaNG # QueeNSLaND, auSTRaLia (2011) - CaiNS RaiNFoReST DoMe

Zoo in the city !

Situated on the roof of Pullman Reef Hotel Casino, offers guests a wildlife experience that promotes education, understanding of rainforest ecology and FUN !

Complex featuring a spectacular all weather wildlife exhibit encased by a 20 m high glass dome. Around 100 species of Australian animals are able to wonder and fly freely throughout the dome which replicates their natural environment. 

Opening times : Daily 9 am to 6 pm (except Christmas)

Tickets : AUD22 (adults) and AUD11 (childrens)

Read more DOME

- Ketam Batu -

Sunday, 23 October 2016

MeMoRi DauN PiSHaNG # WeSTeRN auSTRaLia (2011) - eMu DoWN WiND FaRM

Far far away !

The Emu Downs Wind Farm is a 79.2 MW wind farm in Western Australia. Consists of 48 wind turbines and provides electricity to run a desalination plant - turns water from the Indian Ocean into nearly 152 million litres of drinking water per day. 

Gigantic wind turbines ! but where is the emu ?

What happen to the emu then ?

A similar fate with their Canadian cousins in Nova Scotia ? Read more Nova Scotia Emu and Wind Farm

- Ketam Batu -

Saturday, 22 October 2016

MeMoRi DauN PiSHaNG # WeSTeRN auSTRaLia (2011) - THe PiNNaCLeS, NaMBuNG NaTioNaL Park

Where to ?

The Pinnacles desert is the major tourist attraction of the WA and attracting around 250k visitors a year. Contains thousands of limestones Pinnacles, some up to 5 m high. Read more The Pinnacles


Pinnacles Desert


Rock hard erection ! 

From Perth, we can hire a car and head north along the Indian Ocean Drive, It's around 3 hours drive from Perth to Pinnacles (Nambung National Park). Read more The Pinnacles

- Ketam Batu -

Friday, 21 October 2016

JuS BuaH GeLaS BeSaR @ PYoRR TaNJuNG MaLiM

Jus buah gelas besor !

Antara restoran yang paling kami suami isteri suka kunjungi dahulu. Dahulu maksudnya 10 tahun yang lampau. 

Zaman belum ada anak. Selepas ada anak dan anak2 pun sudah besar yakni 10 tahun kemudian, datang keinginan untuk mengimbau kenangan lama.

Juga nak bagi peluang anak2 merasa jus buah yang pernah menjadi ketagihan mak bapak depa dahulu kala.

Nostalgia beb !

Pekerja memang sah2 dah bertukar tapi kondisi kedai masih macam dulu. Menu pun sama, menu siam. Pyorr ni kedai makan siam, tomyam style.

Popular suatu ketika dahulu sebab satu-satunya kedai di Tg Malim yang serve jus buah dalam gelas yang bapak punya besar. La ni trend tersebut mungkin dah out dated tapi memori masih ada beb !

Makan besar !

Alang2 dah re-visit mesti order makan sekali. Sup ekor sudah tentu, ikan siakap masak 3 rasa, kangkung ikan masin dan telur dadar.

Masih sedap macam dulu, harga pun masih berpatutan. Memang puas hati.

Tapi anak2 tak ada pula kata nak repeat. Agaknya trend jus buah gelas besar memang bukan untuk zaman bebudak la ni, dah out dated hahaha !

- Ketam Batu -

Thursday, 20 October 2016

Wednesday, 19 October 2016

WoRDLeSS WeDNeSDaY # LoNDoN HaS FaLLeN

Jom Gi London !


Bapak punya ramai umat !


Tengok wayang London Has Fallen, bulan Mac yang lepas. Lebih tepat lagi 13/3/2016.

Bapak punya lama simpan tapi entri tak juga keluar. Nak sembang pun tak guna sebab cerita dah basi.

Semua dah tau jalan cerita kan?

Tapi up jugalah sekadar untuk catatan dan memori peribadi.

- Ketam Batu -

Tuesday, 18 October 2016

HoNDa RS150R


Spesifikasi motosikal kapcai pertama Boon Siew Honda dengan kapasiti enjin 150 cc.

  • Enjin satu silinder empat lejang DOHC 149.16 cc sejukan cecair
  • Kuasa maksimum : 11.5 kW / 9000 rpm
  • Tork maksimum : 13.5 Nm / 6500 rpm
  • Suntikan bahan api terancang
  • Muatan petrol : 4.5 L
  • 6 transmisi kelajuan
  • Rangka tiub berkembar
  • Suspensi depan : teleskopik
  • Suspensi belakang : monoshock
  • Tayar : 17 inci 90/80 (depan), 120/70 (belakang)

Harga : RM8213.94 (biru, hitam merah), RM8372.94 (Repsol), termasuk GST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Rekabentuk.

Launching.

Source : BH

- Ketam Batu -

Monday, 17 October 2016

JEJAK MASJID # MaSJiD NuRuSSaLaM, GeRiK, PeRaK

Masjid Nurussalam Gerik.

Masjid ini mula digunakan mulai tahun 2015. Bukan sahaja penduduk setempat, masjid ini juga sering menjadi persinggahan para musafir yang menggunakan Lebuhraya Timur-Barat.


Rekabentuk masjid.

Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tanggal 11 Julai 2015. 

Facebook : Masjid Nurussalam

Masjid Nurussalam
Jalan Kuala Rui
33300 Gerik
Perak

- Ketam Batu -

Sunday, 16 October 2016

JEJAK MASJID # SuRau KuNiNG KG aiR PaNaS (HiLiR), GeRiK, PeRaK


Surau diberi gelaran KUNING, mungkin kerana warnanya kuning. Letaknya di Kampung Air Panas (Hilir), Gerik iaitu sebuah perkampungan Melayu tradisional. Cuba Google tapi tiada maklumat lanjut berkaitan surau ini.

- Ketam Batu -

Saturday, 15 October 2016

ReVieW SMZ HoTeL, GeRiK, PeRaK | 13/09/2016

No. 17 Jalan Mat Saman Utama
33300 Gerik
Perak.

Tel : +605-791 7822

Lokasi dalam pekan Gerik, dan berhampiran dengan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh traveller seperti tempat makan, bengkel, bank, dobi dan sebagainya.

Bertaraf hotel bajet dengan kadar semalaman di bawah RM100 bergantung kepada jenis bilik dan bilangan katil. Kebersihan hotel memuaskan, perkhidmatan terbatas sesuai dengan taraf sebagai hotel bajet.

Reception area - check in counter.


Reception area - jual maggie dan tempat ambil air panas.


Tangga naik ke bilik di tingkat atas.


Tingkat atas pun ada ruang istirehat.


Mencari bilik.


Bilik No. 8, untuk 3 pelanggan yang kepenatan.


1 katil single + 1 katil double = RM70.00 semalaman.


Sangkutan baju, bilik tiada almari pakaian.


TV tebal tapi ada saluran Asteruk, limited channels.


Dilengkapi hot shower, nikmat selepas 6 jam pemanduan.


Tempat tidur bersih, tiada rambut atas cadar. Tandas pun bersih, bebas dari bau-bauan yang menyeksakan. Cukuplah sebagai tempat melelapkan mata barang semalaman.

Betul-betul depan hotel ada kedai mamak, boleh lepak hirup kopi jika mata tidak mahu pejam. Gerai burger pun ada, tapi agak jauh sikit dari hotel, pusing-pusing pekan mesti jumpa. Paling banyak kedai makan tomyam, dalam pekan luar pekan penuh dengan lampu warna-warni, trademark resto tomyam.

Tambahan, pekan Gerik tidak happening waktu malam. Kedai banyak tutup awal kecuali kedai makan tomyam. 

Tapi sebagai pekan persinggahan, hotel dan bandar Gerik sendiri menawarkan kemudahan yang lebih dari cukup.

- Ketam Batu -