Thursday 1 September 2016

MeNaRiK Di iPoH # 2016 - Taman DR Seenivasagam & Taman Jepun

Latarbelakang DR Seenivasagam

Darma Raja Seenivasagam adalah nama penuh beliau. DR singkatan kepada Darma Raja dan bukannya singkatan untuk gelaran doktor. Sebaliknya beliau lulusan undang-undang dan dilahirkan pada tahun 1925 di Ipoh dan meninggal dunia pada 15.3.1969 juga di Ipoh.

Bapanya berasal dari Ceylon atau kini dikenali sebagai Sri Langka, berketurunan Tamil dan merupakan seorang peguam di Jaffna sebelum berhijrah ke Persekutuan Tanah Melayu.

Mengikut jejak langkah bapanya, beliau bersama saudara lelakinya, SP Seenivasagam turut terlibat dalam bidang perundangan, malahan mereka antara peguam yang terulung di Tanah Melayu pada era tersebut.

Seterusnya terjebak dengan dunia politik dan mengasaskan Parti Progresif Perak pada 1953 (PPP - selepas 1959 dikenali sebagai Parti Progresif Penduduk).

Terpilih sebagai Ahli Bandaraya Ipoh dan Menglembu dalam pilihanraya tempatan pada 1954 di bawah tiket Perikatan. Kalah dalam pilihanraya persekutuan 1955 tapi menang dalam pilihanraya kecil 1956. 

Karier politiknya terus berkembang terutamanya di Ipoh, Perak selepas tidak lagi bersama Perikatan. PPP pimpinan beliau menyapu bersih kerusi parlimen di Perak dalam pilihanraya tahun 1959 dan 1969.

Rujukan : Wiki


Taman DR Seenivasagam


Asalnya taman ini dikenali sebagai Taman Coronation dan dibuka sekitar 1950an. Dijenamakan semula sebagai Taman DR Seenivasagam sebagai mengenang jasa-jasa peguam dan ahli politik terkenal tersebut. 

Taman ini terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya padang bolasepak, taman permainan kanak-kanak, trek berbasikal, tasik kecil dan kawasan untuk bersantai. 

Gerbang masuk ke Taman DR Seenivasagam.

Taman ini kini di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh.

Taman permainan untuk si kecil.

Kalau hujung minggu atau cuti umum, sekitaran taman ini meriah dengan pengunjung dan acara-acara tertentu. Jika anda kaki cycling, boleh bawa basikal sendiri dan boleh juga disewa dari vendor yang beroperasi di sini.

Sekitar 1980an, Taman Jepun telah dibina sebagai tarikan tambahan Taman DR Seenivasagam. Taman Jepun ini dikatakan versi mini sebuah taman di Fukuoka, Jepun yang merupakan bandaraya kembar Ipoh, Perak.

Dilarang memancing di Taman Jepun - banyak ikan keli sebesar betis.

Jambatan kecil merentasi tasik.

Kolam kecil kaya dengan ikan keli.

Antaranya...

Pohon buluh yang merimbun.


Monumen Lions Club @ Taman DR Seenivasagam

Tugu Lions Club yang mana dalamnya mengandungi kapsul masa.

Tercatat sejarah ringkas Lions Club pada salah satu sisi monumen tersebut.

Monumen ini dirasmikan pada 21.5.2000 oleh YB MB Perak.

Orang kuat dan pihak yang terlibat dalam pembinaan tugu dan kapsul masa Lions Club Perak.

Kapsul masa ini dikatakan akan dibuka pada tahun 2100, kira-kira 84 tahun dari sekarang. Entah apa isi kapsul masa tersebut.

Tahun ini turut diraikan sebagai ulangtahun ke 50 Lions Club Ipoh.

Tapak tangan orang tersohor Lions Club.

Siapa sangka Taman DR Seenivasagam menyimpan khazanah unik seperti kapsul masa ini. Setiap destinasi pasti ada kelebihannya yang tersendiri. Rajin-rajinlah menyelongkar lokasi wisata yang berdekatan dengan anda dan kongsi dengan umum, agar boleh dinikmati bersama.

Ketam Batu

No comments:

Post a Comment