Wednesday 11 November 2015

NiKMaTi SuP SeDaP Di SauDaGaQ SuP JuNioR @ TaNJoNG MaLiM


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Bandar atau pekan lain meriah dengan Ani Sup Utara, di Tanjong Malim pula pakat berpusu-pusu ke Saudagaq Sup Junior kalau tetiba teringin nak pekena sup.

Berpusu-pusu memang kena dah, sebab tiap kali ambe lalu depan Saudagaq Sup Junior, cukup meriah cukup ceria, pelanggan tak putus-putus datang menjamu selera.

Itu juga yang membuatkan ambe rimas nak masuk, tak biasa makan kat tempat penuh sesak de.

Sehinggalah cuti sempena Deepavali semalam, Tanjong Malim seakan dilanggar garuda senyap sepi. Saudagaq Sup Junior pun nampak sedikit lengang, jadi terus ambe sekeluarga singgah untuk makan lewat tengah hari.

Deko dalaman Saudagaq Sup Junior.

Susun atur kerusi meja Saudagaq Sup Junior agak rapat dan padat. Imagine saja kalau pelanggan penuh sesak, sah2 berlaga montot kalau nak keluar masuk. Biasanya restoran ini sentiasa dipenuhi oleh siswa-siwi UPSI. Main gesel montot dengan siswi memang lumayan, tapi kalau dengan siswa memang kena mandi bunga 40 hari 40 malam.

Kalau pergi mana-mana kedai sup, servis memang pantas dan cargas. Waitress laju saja ambil order dan laju pula makanan sampai. Sama jualah keadaannya dengan Saudagaq Sup Junior. Jadi kalau dah kebuluq, terjah saja kedai sup, lebih2 lagi sewaktu tak ramai pelanggan.

Menu di Saudagaq Sup Junior sah2 berasaskan sup semata. Rasanya tomyam dan menu bergoreng haram nak jumpa.

Minum-minuman pada harga stendet mendet.

Nasi ayam @ RM4.50 sepinggan.

Sup perut @ RM5.50 semangkuk, portion untuk seorang.

Sup tulang @ RM6.00 semangkuk, portion untuk seorang.

Sup di Saudagaq Sup Junior memang padu baq ang! Memang sedap dan pekat likat tapi kalau jenis ada darah tinggi, agak2 lah nak hirup. Sebab sup dia kaya dengan garam, agak sedikit masin tapi sedap. Ajinomoto entah ada ke tak, sebab ambe tak reti nak beza masakan ditambah Aji ataupun tidak.

Portion sup pun kira banyak juga, semangkuk sebenarnya portion untuk seorang tapi kalau untuk berdua pun dah kira banyak melainkan untuk kaki melantak.

Nasi ayam pun lepas ISO anak-anak. Hampir licin depa makan kira sedap dah tu. Ambe rasa pun memang mencanak ibu jari naik ke atas tanda sedap!

Harga kira stendet tak mahal dan tak murah. Lagi pun dekat dengan UPSI, kira harga kowtim sajalah.

Alamat:
Saudagaq Sup Utara
Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Landmarks;
UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Hotel Malim dan Hotel Taman U.

Sekian.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete