Tuesday 15 September 2015

JoM MaKaN : NaDia ToMYaM TaNJoNG MaLiM


Semalam makan malam di kedai tomyam, berhampiran sahaja dengan rumah. Dahulu kedai ini dikenali sebagai Shahira Tomyan, la ni dah jadi Nadia Tomyam.

Owner dah bertukar gamaknya.

Masa zaman Shahira Tomyan dulu, weekend ambe suka datang sini untuk lunch sebab lauk pauknya sedap dan pelbagai variasi.

Bila dah tertransformers kepada Nadia Tomyam, dah tak ada hidangan tengah hari, buka malam sahaja.

Menu memang tak ada beza dengan kedai tomyam yang lain. Pada buku menu pun masih tercatat Shahira Tomyam dan bukannya Nadia Tomyam.

Recycle gamaknya!!!

Lepas order, jeling-jeling sekitar kedai cuci mata.

Environment memang tak leh nak komen apa, bukan kedai makan bertaraf bling bling pun. Jadi tak leh nak kata apalah, redho saja.

Service waiter laju tapi makanan lambat mai baq ang. Kami datang jam 6, memang kastemer tak ramai, patutnya tak perlu menunggu lama sangat.

Tapi memang lama. Mula2 nasi putih dengan tomyam ayam mai. Tomyam memang anak2 yang order. Anak2 dah habis makan, lauk pauk untuk mak bapak belum jugak kunjung tiba.

My wife dah naik angin dan duk jeling sini sana.

Nasi dah sejuk kat pinggan baru lauk-pauk tiba. Antaranya kerabu sotong, kailan ikan masin dan bawal masak 3 rasa.

Bawal masak 3 rasa - memang win, sosnya diadun sempurna dan ikan bawal digoreng garing. Kena dengan selera dan ambe bagi 4 bintang.

Kerabu sotong - ambe sentuh sedikit sahaja jadi tak boleh nak komen banyak. Ok le kut sebab habis licin sotongnya.

Kailan ikan masin - yang ni tak berapa nak lulus. Macam terlebih masin. Memang kailan ikan masin sepatutnya masin, tapi dia punya masin lain macam.

Tomyam ayam - pun tak berapa nak menjadi. Kombinasi pedas dan masam tak berapa nak ngam.

Overall, ikan bawal masak 3 rasa sahaja yang ok. Ditambah dengan makanan yang lambat sampai hatta pelanggan boleh dihitung dengan jari, Nadia Tomyam memang tak akan kami repeat.

p/s : kut la hang pa nak mai, Nadia Tomyam ini letaknya di Taman Bernam Tg Malim. Tak jauh pun dari Yik Mun Tg Malim (kurang 5 min pemanduan).


No comments:

Post a Comment