Thursday 27 August 2015

SToRY MoRY RaYa 2015 : FRoM KoTa KiNaBaLu BaCK To KL



12 Zulkaedah 1436 Hijrah, dan ambe masih terhegeh-hegeh nak habiskan story mory raya. Ini kira les coupeque, entri terakhir pasal raya. Nak balik KL dah ni.

Malangnya on the date kami sekeluarga nak balik KL dari Tenom, my father in law tetiba jatuh sakit. Pagi-pagi buta bangun nak bersahur dan puasa 6, beliau tetiba jatuh tersungkur tepi meja makan. 

Tengok mata terbeliak naik ke atas, buat checking sesikit and ambe conclude beliau hypoglycaemic atau kurang gula dalam darah (tetiba rasa teror persis doctor hehehehe).

Cekup gula nak buat air manis, rasa macam lambat. Jadi terus masukkan gula pasir ke mulut beliau dan bagi minum untuk mudahkan menelan.

Lepas lima nan sudu baru nampak macam nak normal balik.

Masing2 tunjuk muka lega, tadi kecoh masing-masing panik. Apa daaaaaaa.....

Bila mana beliau dah ok sikit dan ada tenaga, kami bergegas pula ke Unit Kecemasan Hospital Tenom. Nasib baik jugalah kalau di Sabah, jam 6 pagi dah terang benderang. Umat pun dah ramai menunggu untuk rawatan.

Disebabkan kecemasan dan beliau ada sejarah serangan jantung, kami diberi priority dan beliau diberi rawatan segera. Berjam-jam jugalah doctor tahan untuk rawatan lanjut. Check jantung, check buah pinggang dan check segala-galanya.

Masing-masing kelaparan sebenarnya sebab belum sempat bersarapan. Jadi kami take turn pergi makan, disebabkan raya, banyak kedai Muslim yang masih tutup. Yang mana buka pun kedai mamak dan kedai Pakistan which aidonlaik!!! Taste tak kena dan tak sedap, tapi dek kerana perut kosong, telan sajalah sekadar nak hidup.

Ambe balik dari sarapan, dapat berita in law dah boleh discharge, patut kena tahan ward tapi disebabkan ward terlampau crowded, beliau dibenarkan balik. Ok, jom balik sambung tidur.

Dan disebabkan itu juga, ambe sendirian balik KL manakala wife dan anak2 stay sehari dua lagi. Seronoklah si kenit boleh lepak kampung lama sikit.

As usual, dari Tenom naik bas ekspress Tung Ma untuk ke Kota Kinabalu. Di KK, my bro in law dah get ready untuk jemput. Makan-makan dan solat Zuhur, dia drop ambe di airport. Tak payah tunggulah bro, lu keje kan ari ni.

Masa lepak-lepak di boarding hall, sempat sembang2 dengan seorang profesor dari Australia. Datang ke Sabah untuk present paper. Lama tak sembang dengan pure mat salleh, jenuh ambe pasang telinga nak faham dia punya ascent. Profesor ni pulak sembang guna ascent Aussie pedalaman, makinlah seksa nak faham buat ambe yang tak berapa pandai bahasa inggelish!!!

Skodeng abang2 sojar nak naik Hercules C-130 atau Charlie. Besar bagak juga si Charlie ni rupanya.

Keempat-empat enjin Charlie dan ON, mengaum bukan main.

Charlie get ready to take off!!!

Ekcelli, flite ambe delayed lebih dari sejam. Cuaca tak berapa mengizinkan dan kapal dari KL lambat tiba.

Nak naik kapal terbang pun basah kuyup. Uncle Tony ada pinjamkan payung tapi hujan lebat sangat, tempias habis basahkan seluar. Ini flite untuk ke Guangzhou kalau tak silap.

Akhirnya pesawat kami tiba selepas sejam terlewat dari jadual asal. Nothing much to say, macam biasa dalam flite, lepas makan ambe terus tido hahahaha. Buka mata, dah nak touch down kat KLIA2.

Lepas touch down, keluar dan amek ERL Transit ke KLIA untuk ambil kereta. Parking kena RM200 lebih, kopak!!! Dan zooM berdesup balik rumah.

Sekian story mory raya 2015.

No comments:

Post a Comment