Tuesday 18 August 2015

MeMoRi ZaMaN PeRSeKoLaHaN




Sape sini pernah buat dajal masa zaman persekolahan dulu?

Sila selak kain ngaku cepat!!!!

Bila dibaca akan kata-kata hikmah yang dituturkan oleh Prof APJ Abdul Kalam, terserlah akan kebenarannya.

p/s: hang pa tak kenal APJ Abdul Kalam? baik hang pa Google cepat2.

Cuba hang pa kenang balik zaman persekolahan dulu, memori yang machiam mana datang dulu. Mesti memori berkenaan kenakalan hang pa atau kawan2 hang pa yang mai dulu kan.

Memori yang syumul suci biasanya datang kemudian, dan jarang membuatkan kita ketawa sendiri. 

Antara yang masih segar dalam ingatan ambe ialah;

1. Ponteng sekolah semata-mata nak main video games.

2. Panjat pagar sekolah sebab nak balik awal - pintu depan ada guards jaga.

3. Skodeng warna bra budak2 pompuan.

4. Masa duk hostel pula, keluar malam-malam melalui pagar belakang untuk ke bandar menonton cerita wayang kung fu.

Dan ada banyak lagi lah yang membuatkan ambe tersengih sendiri bila dikenangkan balik.

Anda pula bagaimana?


No comments:

Post a Comment