Friday 10 April 2015

JoM LePaK WaRuNG aiR KeLaPa

As-Salam & Salam Sejahtera,

Zaman mak abah kita dulu, gejala lepak sering dikaitkan dengan perangai pemalas. Lepak maknanya cuma duduk-duduk di kedai kopi ataupun simpang empat, membuang masa tanpa arah tujuan. Tapi jika kita lihat pada era masa kini, aktiviti lepak telah berubah sedikit definisinya. Masih lagi duduk-duduk sembang di kedai mamak, Starbucks dan sebagainya, tapi tujuannya lebih kepada aktiviti sosial setelah seharian penat bekerja. 

Erti kata lain lepak kini berubah kepada satu terapi diri bagi masyarakat kota terutamanya untuk melegakan diri dari tekanan kerja. Maka berduyun-duyun warga kerja ini akan melepak di kedai mamak untuk pekena segelas teh tarik dan sekeping roti canai. Golongan pelajar juga tidak terkecuali, mana yang berkemampuan lepak di tempat yang lebih standard seperti Starbuck atau Gloria Jean's.

Lepak pada masa kini juga seakan satu aktiviti sosial wajib, untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Bayangkan dalam kesibukan seharian kita bekerja, masih ada masakah kita untuk mengenal rakan taulan dengan lebih rapat? 

Bagi mereka yang aktif dengan kelab-kelab tertentu seperti kelab permotoran, kelab sosial, kelab interaksi, nama lepak telah ditukar ganti dengan TTS; Teh Tarik Session. Bunyinya lebih urban tapi maksudnya lebih kurang sama. Bergelak ketawa, bersembang dan bersosial dengan rakan-rakan sambil pekena segelas dua teh tarik.

Masa dah berubah kata W.A.R.I.S dan Datuk Hattan!!!

Beriya duk define L.E.P.A.K

Ko dah nape?

Musababnya adalah.....

Minggu lepas ambe bawa anak sulung ambe lepak-lepak di gerai air kelapa. Tak jauh pun dari rumah, saja minum-minum, father and son bonding gitu. Before that, ambe bawa dia pusing-pusing naik motor. Tiba-tiba dia kata haus, cadangan awal nak pekena coconut shake tapi gerai coconut shake tutup. Jadi kami singgah gerai air kelapa berhampiran rumah.

Gerai air kelapa ini diusahakan oleh warga Indonesia yang telah lama menetap di Malaysia. Malahan anak-anaknya pun bersekolah di sekolah kebangsaan. Katanya, dengan hasil jualan air kelapa itulah dia menyara keluarga dan menyekolahkan anaknya. Suaminya pula sekadar buruh binaan, tapi setahu ambe lumayan juga pendapatan buruh binaan jika diambil kira upah membuat kerja luar.

Kekadang ambe kagum dengan kegigihan warga asing mencari rezeki. Tiada soal memilih kerja, asalkan mendatangkan rezeki itu yang direbut. Mana-mana pun, gerai tepi jalan dan juga kedai makan, kebanyakkan dikuasai oleh warga Indonesia dan juga Thailand. 

Timbul persoalan kenapa dikalangan warga tempatan masih ada isu kemiskinan dan pengangguran?

Salah majikan kah yang lebih cenderung untuk menggaji warga asing. Ataupun kesilapan warga tempatan sendiri?


Tokei gerai, katanya kena bayar RM1 sehari kepada majlis daerah sebagai lesen penjaja. RM1 murah benar jika dibandingkan dengan pendapatan harian.


Cup besar air kelapa berharga RM2 manakala cup kecil cuma RM1. Sebiji kelapa muda RM3 atau RM3.50 bergantung kepada saiz.

Lazat dan lega rasa tekak lepas pekena secawan besar air kelapa.

Namun persoalan di atas masih belum mampu ambe jawab!!!!

2 comments:

  1. Assalam ketam,
    ooooooooooooooo
    baru iols tau
    maksud TTS
    hubby iols geng motor busat
    sob3 :P

    ReplyDelete