Monday 2 February 2015

JoM MaKaN : Restoran Ocu Amy, Jalan Ketoyong Tg Malim


Ini antara kedai makan yang menyajikan hidangan melayu/kampung, dan agak popular di kalangan pelajar/staf UPSI serta penduduk setempat. 

Letaknya di No. 93 Jalan Ketoyong, Tg Malim. Kalau tak dapat cari dalam GPS, set saja Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim kerana restoran ini hanya setentang dengan SKTM.

Signature dish Restoran Ocu Amy adalah ikan bakar tapi masa kami sampai, lebih kurang 3 pm gitu, makanan hampir habis. Ikan bakar pula tiada, mungkin habis sebab sudah lewat petang. Mungkin juga sebelah malam baru ada, tidak kami tanya.


Chuppp, Restoran Ocu Amy buka malam ke? 

Entah kami tak tahu tapi kedai makan ini memang menjadi tumpuan untuk bersarapan dan makan tengah hari. Katanya kalau sekitar 12 tengah hari hingga jam 1, memang ramai yang berkerumun.

Antara yang masih ada sewaktu kami tiba.....


Ayam goreng, ayam masak cili, ikan goreng etc, daging masak kari etc, sayuran dua tiga jenis. Ikan bakar yillek.

Rezeki untuk petang tersebut.....


Sedap ke tak?

Jam 3 petang baru jumpa nasik de, apa tak sedapnya. Berselera hatta makan nasi celup kicap sekali pun. Kira ok jugalah hidangan di Ocu Amy.

Cuma signature dish, ikan bakar masih belum ada rezeki untuk kami cuba. Mungkin lain kali boleh singgah lagi.

Adios!!!

No comments:

Post a Comment