Thursday 4 December 2014

Kempen Servis-Ria YAMAHA | Syarikat Chong Motorcycles Tg Malim

As-Salam & Salam Sejahtera,

Lama kita tak sembang pasal moto kan, jadi ari ni kita sembang pasal moto show yang berlangsung di sekitar pelusuk tanah air. Machiam biasa bila makin sampai ke penghujung tahun, arena permotoran tempatan pasti dimeriahkan dengan beraneka auto show mahu pun moto show.

Antara yang sampai ke pengetahuan ambe adalah;

1. Karnival Bikers Shah Alam - 1 Nov 2014
2. Penang Orient Bike Fest - 21/23 Nov 2014
3. Festival Motosikal Melaka - 29/30 Nov 2014
4. Shah Alam Bike Week & 2 Wheel Festival - 5/7 Dis 2014
5. Motor Padat Metro 2014 - 7 Dis 2014
6. Sungai Buloh Bike Festival - 13/14 Dis 2014

Itu antara event atau bike festival yang telah berlangsung atau akan berlangsung dalam masa terdekat. Lain2 mungkin ada banyak lagi yang infonya tidak sampai ke pengetahuan ambe.

Antara yang sempat ambe kunjungi adalah Karnival Bikers Shah Alam pada 1 Nov yang lalu, juga Kempen Servis-Ria Yamaha. Inshaa Allah ada rezeki ambe juga akan turut serta pada Motor Padat Metro dan Shah Alam Bike Week pada hujung minggu ini.

Ada masa ada keluangan juga, Inshaa Allah ambe akan kongsi pengalaman mengunjungi mana2 bike festival tempatan menerusi DSKB. 

Untuk entri pada kali ini, berkaitan Kempen Servis-Ria Yamaha anjuran Hong Leong Yamaha dan Syarikat Chong Motor yang telah berlangsung pada 8 Nov 2014 di Arena Square Tanjong Malim. 

Event ini memang rare, lebih2 lagi di Tg Malim. Mari kita sama2 t'back event tersebut.

Antara barisan staf HLY dan SCM yang terlibat pada event tersebut. Antara perkhidmatan yang disediakan pada hari tersebut adalah dengan bayaran serendah RM15, pelanggan akan diberi pakej pemeriksaan keseluruhan, service (Yamalube mineral) dan cenderahati berupa T-shirt Yamaha, stickers dan keychain dari SCM.

Belah kanan hujung, bro Wee Kee orang kuat Syarikat Chong Motor Tanjong Malim.


Barisan jentera milik FZTM dan FZ Anson. Jentera2 ini baru dikerah kudratnya oleh rider masing2 sewaktu menguji Litar Antarabangsa Slim-Behrang. Masing2 pakat asah lutut kecuali rider amateur seperti ambe. 

Menariknya jentera2 ini disambut meriah oleh penganjur, siap dapat parking dalam ruang khas. Kemudian kamera lip lap lip lap ambil gambirun rider bersama jentera masing2. Dah tiba2 rasa machiam bintang K-pop hehehehe. Khabarnya salah satu gambirun akan masuk majalah Roda Roda. Kita tunggu sajalah, silap2 ada yang siap frame tepek kat dinding bilik.

Apa lagi yang ada semasa event Kempen Servis-Ria?

Model2 wajib ada, bukan awek sexy tapi jentera2 keluaran Yamaha;


Kaki asah lutut dan kaki meroket memang mengigau siang malam akan model ini, Yamaha Arwan (Adehhhhhh, R1 dah Arwan, kretip la sape yang mulakan). Nak yang ni poket kena kenchang, kalau tak berselimut je la Arwan.


Yamaha VMax; model ini teramatlah rare di jalan raya Malaysia walaupun sudah lama berada di pasaran. Kalau rujuk mudah.com ada dua biji VMax keluaran tahun 1993 dan 1995 menanti untuk disunting. Harga mudah.com RM34k (1995) dan RM39k (1993). 

Itu harga second hand di mudah.com!!!

Kalau jentera fresh dari kilang? Adehhhhhh, poket ambe belum begitu tebal hatta cukup berminat dengan easy rider sebegini. Kayuh pelan2 kata otai, tapi masalahnya ambe kayuh machiam mana pun tak tebal2 lagi poket ni hehehehe.

Kusyuk belek mengelebek VMax, nama dipanggil sebab dah sampai turn moto ambe untuk diperiksa;


Naik panggung; ambe ambil package berharga RM30. Ini semua pakar2 dari HLY bersedia untuk berkhidmat dan memberikan service terbaik.

Apa yang ambe dapat dengan nilai RM30 tersebut? 

Antaranya adalah;

1. Pemeriksaan keseluruhan (FID memang tadak la)
2. Yamalube 4T Fully Synthetic (4L)
3. Yamalube 4T Mineral (4L)
4. T-shirt Yamaha
5. Keychain SCM
6. Stickers 

Kira RM30 harga promosi untuk Yamalube 4T Fully Synthetic yang katanya baru dilancarkan. Harga pasaran khabarnya RM40++. Kemudian diberi juga 4L Yamalube 4T Mineral secara percuma, kira berbaloi sakan lah.

Yamalube 4T Fully Synthetic dah selamat masuk perut FZ. Memang moto jadi sedap, semut je kata omputeh, orang Melayu kata smooth. Yamaha 4T Mineral masih dalam simpanan. Bila dah guna semi atau fully synthetic malas pula nak patah balik ke mineral.


Apa pula ni? Haaaaa jangan tak kenai, ini le roti cobra pujaan rider FZTM!!!!

Ini cerita selepas kunjungan ke Kempen Servis-Ria Yamaha. Sebaik sahaja jentera masing2 diperakui berada pada tahap paling tip-top oleh HLY, ada pula yang teringin nak layan korner Bukit Fraser pula. Tak puas le tu sebab Litar Antarabangsa Slim-Behrang tak berapa nak panjang. 

On the way ke Bukit Fraser, singgah mamak Kuala Kubu Baru. Layan roti cobra dahulu. Roti cobra ini sebenarnya roti canai banjirun, kemudian dibanjirkan lagi dengan dua biji telur separuh masak. Memang layanz!!!

Kepada pihak HLY dan SCM, ambe mewakili FZTM dan FZ Anson mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan dan layanan semasa Kempen Servis-Ria Yamaha. Sememangnya event2 sebegini amat dinanti-nantikan oleh semua (Yamalube Fully Synthetic RM30, mana mau cari maaaa!!!!).

Terima kasih sekali lagi HLY dan SCM, juga kepada rider2 yang turut serta. 

Inshaa Allah berjumpa lagi kita di event yang seterusnya!!!

No comments:

Post a Comment