Friday, 10 October 2014

Servis [80,000 km] Toyota Vios Di Toyota Service Centre

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Ambe mula menggunakan Toyota Vios mulai Julai 2012. Pengalaman selama 2 tahun menggunapakai model ini, amatlah memuaskan hati. Tidak pernah meragam Alhamdulillah [maklumlah kereta first hand], pemanduan yang agak selesa [opkoz tak selazat Camry] dan paling penting, jimat minyak [Ron 95 dah naik 2 posen pulok doh].

Sepanjang 2 tahun ini juga regular service setiap 5000 km ambe lakukan di authorised Toyota Service Centre. Sakit jugalah kos menyelenggara jika dilakukan di Toyota Service Centre, namun terpaksa juga semata-mata menjaga kelayakan warranty yang masih berbaki [2 tahun atau mileage 100,000 km, mana2 yang terdahulu].

Bila dipikiyor-pikiyor, kos menyelenggara jadi lebih mahal berbanding harga kereta itu sendiri. Memang memelihara kereta ini mahal ongkosnya tapi kereta juga sudah seakan satu keperluan asas, lebih2 lagi jika sudah berkeluarga.

Dua hari sebelum Aidil Adha baru2 ini, ambe ada hantar Toyota Vios ambe ke Toyota Service Centre. Mileage telah mencapai 80,000 km. Jika dirujuk kepada MaxCheck Periodic Maintenance Service, ini merupakan major service [Maxcheck Advance Plus].

Major service untuk model Toyota Vios menurut manual perlu dilakukan setiap 80,000 km. Selain daripada engine oil dan oil filter yang sememangnya perlu ditukar setiap 5000 km, segala jenis fluids dan coolant juga perlu diganti setelah bacaan odometer mencapai 80,000. Selain daripada itu, air filter dan spark plug turut ditukar baru. 

Paling hazab adalah fuel filter, menurut manual perlu ditukar setiap 80,000 km dan penukaran fuel filter ini memakan kos yang agak besar dan sedikit mengambil masa.

Disebabkan itu, anggaran masa sekitar 3.5 - 4 jam diperlukan untuk menyelenggara Toyota Vios yang telah mencapai jarak perjalanan 80,000 km.

Berikut adalah butiran kerja yang dilakukan termasuk ongkos;

1. Engine oil, semi synthetic brand Toyota [ditukar setiap 5000 km menurut manual] - RM107/4 liter. Ambe dapat discount RM16.69, jadi hanya perlu bayar RM90.31

2. Oil filter, ditukar setiap kali anda menukar EO [kira2 setiap 5000 km jika anda menggunakan EO semi synthetic] - 1 unit x RM30.70

3. Drain plug gasket, juga ditukar apabila anda menukar EO - 1 unit x RM1.80

4. Air filter - 1 unit x RM85.00

5. Spark plug - 4 unit x RM8.60 = 34.40

6. Brake fluid Dot3G - 2 botol x RM14.90 = RM29.80

7. ATF atau minyak gear automatik - RM182.40/4 liter

8. Super Long Life Coolant - RM86.90/4 liter

9. Gasket radiator - 1 unit x RM2.90

10. Petrol injector cleaner - RM45.50

11. Window washer - RM2.30/30 ml

12. Labour charges untuk Maxcheck Advance Plus - RM136.50

13. Tax [6%] ke atas labour charges - RM8.19

Jadi kos keseluruhan [item 1-13] = RM736.70

Chopppppp.... itu belum selesai lagi. Habaq tadi kan, fuel filter pun kena tukaq bila odometer dah capai 80,000 km.

Antara barangan dan kos yang terlibat dalam penukaran fuel filter;

1. Ring O - 2 unit x RM7.20 = RM14.40
2. Ring O - 1 unit x RM8.40
3. Gasket, fuel suction - 1 unit x RM7.40
4. Fuel filter - 1 unit x RM379.80
5. Labour charges - RM 32.50
6. Tax (6%) ke atas labour charges - RM1.95

Kos keseluruhan penukaran fuel filter = RM443.85

Bil keseluruhan = RM736.70 + RM443.85 = RM1180.55

Hamek ko, seribu lebih. Nganga jap, kejap sajalah nganga sebab memang dah kena habaq awal2 itulah kos servis Toyota Vios yang telah mencapai jarak perjalanan 80,000 km

Memang mahal gile kan?

Persoalannya, perlu sangat ka keluarkan kos sampai sebegitu rupa? Kalau tanya Toyota Service Centre, memanglah depa kata perlu, dah depa niaga dan untung kat depa.

Kita pengguna ni machiam mana?

Ambe ada tinjau banyak blog dan forum dalam menchari pendapat berkenaan perkara ini. Ada yang kata perlu dan ada yang kata tak perlu.

Hujah mereka yang kata perlu, kebanyakkannya untuk preventive maintenance. Mudah kata sebagai pencegahan awal dari berlakunya sebarang kerosakkan di masa hadapan. Ada juga yang buat semata-mata nak pelihara 'warranty period', machiam ambe le jugak. Kena buat sebab kereta masih dalam warranty, kut2 lepas ni nak malang ada jadi apa2 boleh claim tanpa banyak songeh dari pihak Toyota.

Mereka yang kata tak perlu pula berhujah, Toyota Service Centre ini orang meniaga dan nak untung, kekadang benda tak perlu pun dimasuk sama. Contohnya window washer dan petrol injector cleaner. Tak tambah pun takpe, tak adalah kesan sangat. Taruk saja air paip sekadar nak clearkan cermin hadapan.

Fuel filter pun ada yang kata tak perlu follow sangat manual Toyota. Katanya ada yang dah cechah 100,000 km lebih, fuel filter tak pernah ditukaq dan tak ada benda berlaku pun. Selagi fuel filter tak hitam legam, balun sajalah.

Tapi machiam mana kome tahu fuel filter belum hitam, kan benda tu dalam enjin?

Jadi perlu follow manual ke tak perlu ni? Masing2 ada hujah yang ternyata ada kebenarannya.

Ambe sendiri, memang ambe follow manual dan tukaq semua yang disyorkan - satunya sebagai preventive action dan keduanya supaya 'warranty' yang bersisa masih boleh sahlaku.

Anda pula machiam mana?

Roger and out!!!

75 comments:

  1. As Salam..saya pun follow manual sama mcm si ketam batu..memang dr dulu servis di toyota care centre ikut jadual..cumanya saya punya mileage baru cecah 80,000km bila kereta dah berusia dekat 6 tahun pakai sejak 2010..weekend driver..pegi keje ulang alik naik motor jer..save minyak dan masa..so penjimatan tu dapat la salurkan kepada bayaran maintenance wear & tear ni..damage lebih kurang RM1K lebih + 4-5 jam masa menunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As-Salam, low mileage car. Memang jimat, saya pun la ni ulang alik keje naik moto saja.

      Delete
    2. Tak perlu ikut sangat jadual yg diberi ... Selang atau langkau pun tak pa ...
      Servis kat pokok ceri lg bagus ... Just beli brg jaa ...

      Delete
    3. jimat kos upah. lagi2 kalau ada member buat part time ambil upah tukar minyak hitam.

      Delete
  2. Really, excellent collections professionally uses about automotive product.Thanks for this..

    toyota servicing & peugeot servicing

    ReplyDelete
  3. pendapat sy sbg pengguna vios model 2008
    buat servis di toyota SC selama 3 tahun jer sbb warranty 3 tahun je dulu.. compare normal servis utk minyak fully rm200+, kt luar yg bengkel slalu sy pi anta wira dan kancil gune minyak hitam sama toyota fully tp beli kt kedai spare part rm150, oil filter rm12, upah rm10.. beza kt rm30-40 jugak la..
    klu servis aircon plak, kt toyota rm1k, kt luar buat rm200+
    rear wheel bearing tukar kt luar rm400 siap upah, kt toyota rm600+ (sbb kwn ada pernah buat kt situ)
    alternator klu kt toyota SC rm2889, harga brg sahaja.. kt spare part ada 2 jenis, original toyota rm1100, recond rm220.. jd sy pi la beli recond paling murah, dh pkai 2 tahun alhamdulillah ok lg.. yg sblm ni dr 2008-2014 baru rosak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kongsi pengalaman, saya sendiri pun selepas mileage melepasi 100,000 terus hantar bengkel luar untuk service.

      Delete
    2. alternator sudah rosak baru beli kereta 7 thn

      Delete
    3. pening juga klu alternator, tp recond pun jadilah asalkan ok.

      Delete
    4. if nk jimat boleh juga servis alternator....bengkel ni kt KL ada buat....bengkel kwong weng jln ipoh no tel 6258 2295....heng lee auto danau kota 0123178090 / 41491906

      Delete
  4. kereta da 120k mileage. bole rekemen tak apa yang perlu diseervis.
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan my vios pun dah masuk 120k, jika diikutkan manual dan service centre semua fluids kena tukar (EO/brake fluid/automatic gear oil), service aircond (optional), spark plug etc kira hampir kepada major service jugalah.

      Delete
  5. Klu steering rack rosak brpa ya...?
    Klu pakai recond bleh tahan x

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. saya ada tukar rack end baru2 ni..di atoyot kuantan..specialist untuk toyota la kira nya..
      brg dlm harga RM 170..skali upah semua bagai, dalam RM 220 totally..

      harap membantu..terima kasih

      Delete
  6. Macam mana nk tau steering rack rosak???ada bunyi gluduk ke ble kat bumper???

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman saya dengan kereta Kia, memang berbunyi masa lalu bumper atau permukaan tidak rata.

      Delete
  7. Next round service avanza sy dah kena 80k maxcheck. $1k pengsan kita. Salah Toyota ialah sekali gos buat semua. Gila. Patut pechahkan service ini utk kurangkan cost kita. Last $400+ yg sebut ingat utk filter auto geatbox. Patut buat kat 90k service. Next service krta sy bulan Okt. Xda duit x pg. $1k keluarga dlm rmh bole makan 1 bulan.

    ReplyDelete
  8. Next round service avanza sy dah kena 80k maxcheck. $1k pengsan kita. Salah Toyota ialah sekali gos buat semua. Gila. Patut pechahkan service ini utk kurangkan cost kita. Last $400+ yg sebut ingat utk filter auto geatbox. Patut buat kat 90k service. Next service krta sy bulan Okt. Xda duit x pg. $1k keluarga dlm rmh bole makan 1 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pengsan gedebuk nk kelankeluar 1k. sbb tu ada yang suka hantar bengkel biasa saja.

      Delete
  9. dulu major servis ok lg harga dia..baru2 ni try gi tanya..harga dia dah rm1350..itu kalo takde masalah lain..servis biasa pun dah rm320..

    ReplyDelete
  10. Betul..sekarang SC punya harga utk servis 80k dah rm1350..jenuh memikirkan harga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alternative, cuba cari bengkel luar yang reliable ! tapi pengalaman kawan, spare part dari SC lagi excellent dan long lasting, cuma harganya buat kita pening kepala.

      Delete
  11. Pengguna vios dari 2010..Sebenarnya kita boleh request utk tolak mana2 items atau parts yg kita rasa xperlu tkr atau kurang bajet.. Boleh buat bulan dpn ke, pakai bajet lain.. Lg 1 services intervals utk minyak enjin adalah 10k,bkn 5k tt.. Pendapat nubis

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan pendapat tuan. cuma intervals setiap 10k, adakah untuk semua jenis minyak atau terhad kepada fully synthetic sahaja?

      Delete
    2. 10k untuk semi dan fully synthetic, 5k untuk mineral oils. Kereta sekarang bnyk dh 10k, 15k pn ada mcm kereta continental. Semuanya bergantung kepada brand dan jenis minyak yg digunakan dan juga driving environment.

      Delete
    3. mungkin atas faktor perniagaan, biasanya toyota service centre hadkan kepada 5k walau untuk semi-synthetic. kalau service kat luar, boleh tarik sehingga 8-10k tanpa masalah.

      Delete
    4. Sy vios 3rd gen..slalu 10k km utk myk semi 5w30..sc k.trganu..

      Delete
    5. TQVM Dhanie. SC yang saya kerap pergi cuma limit 5k hatta guna semi synthetic. tapi saya tarik ke 8-10k juga sekarang.

      Delete
  12. ada x servis utk pakar kereta toyota je.. vios saje ke..lagi best..prepare lepas abis waranty ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tuan tinggal? kalau setakat service biasa tukar minyak hitam, mana-mana bengkel pun ok. tapi kalau something complicated, baik hati-hati pilih bengkel.

      Delete
  13. Salam..baru tukar alternator, pastu engine x smooth..bila running ada bunyi mcm mengerang..ada kaitan x? Nubis..mekasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi juga tapi saya kurang mahir, maybe reader lain boleh bantu bagi pandangan.

      Delete
    2. Salam. Berbaloi ke saya beli 2nd hand toyota vios 2010. Nak buat loan 9 tahun. Tahan ke vios ni menjelang 9 tahun saya pakai ? Ada ke major part yg biasa rosak lepas berapa tahun pakai ? Atau tahun tak penting lebih tengok kepada mileage ke cemana ? Let say model 2010 mileage baru 60k. Atau baik saya cari kereta baru yg murah2 macam perodua atau proton.

      Delete
    3. IMHO tengok pada mileage macam berbaloi. Tapi usia kenderaan tersebut hampir mencecah 7 tahun. Habis loan kurang lebih 16 tahun usia kenderaan tersebut. Pada saya kereta ok, tapi loan untuk second hand car selama 9 tahun terlalu lama. Mungkin readers lain ada pendapat berbeza.

      Delete
  14. Salam bang. Saya guna 3rd gen vios, nak servis kedai luar tak reti. Milleage 60k. Apa yang patot saya tukar. Kalau beli EO sendiri minyak apa yg sesuai. Save budget

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta masih dalam warranty tak? kalau masih warranty, IMHO baik buat kat service centre saja. Kalau confident kereta tak akan ada masalah (Toyota ok pada hemat saya), boleh saja service kat luar.

      setakat 60k baru sangat lagi, kalau saya tukar EO dengan oil filter sahaja. Anggaran lebih kurang RM130-200 bergantung kepada jenis minyak.

      Saya pernah guna EO semi-synthetic brand Petronas, Castrol, Shell dan Toyota. Semua ok asalkan original. Terbaru saya cuba EO semi-synthetic Suzuka 10-40W, harga RM105. So far ok tiada masalah.

      Delete
  15. Nak tanya sikit.. 30000km toyota rekemen servis aircond.. perlu ke? Tgk dlm servis log xde pn kne service aircond.. major service pn xde service aircond.. mintak pendapat kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang biasa service centre akan rekomen servis aircond setiap 30k. Pada saya, kalau aircond masih sejuk tak perlu. Lagipun service centre akan charge mahal. Kalau nak juga buat kat luar. IMHO, mileage baru 30k, awal sangat nak service aircond (melainkan dah tak rasa sejuk).

      Delete
  16. Aircond kereta aku 5 Tahun Baru servis ..flushing minyak compressor n cuci blower n tukar gas baru 180,smpai skrg engine n aircond tiptop,mileage 164k dah 7 tahun,Yg penting jaga cabin filter kalu nk aircond pjg umor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thumb-up..... tqvm kongsi pengalaman.

      Delete
  17. Tukar alternator lain lepas 2 minggu tukar alternator yang harga rm255 utk vios. Kali ni service centre kena rm3200

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alternator yang harga RM255 tu recond atau 2nd hand tanpa dibaikpulih?

      Garu kepala dengar harga RM3200, kos untuk harga alternator ori Toyota dan kos upah kan?

      Alternator asal berapa lama guna baru rosak?

      Delete
    2. Harga Altenator Toyota sampai RM 3200? Adusss... Service aircond pun mahal giler. Apapun, saya berterima kasih diatas pandangan dan pengalaman tuan/puan semua. Saya amat hargai.

      Delete
  18. Sepatutnya saya service vios(2016)pada bulan august/km30k...tp skrg dah 32k belum august lagi...sibuk/byk jln.... so utk 30k keatas apa servis yg bro otai cdgkan...agak2 berapa kos yg kena keluar kat sc....mohon pencerahan dr bro otai semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lajak sikit je tu bro. ada otai cadangkan tarik saja hingga 8k kalau guna semi-sintetik.

      30k kalau saya cuma tukar minyak hitam dengan oil fiter, kos di antara 250-300 bergantung kepada SC. Ada SC yang suka add-on sana sini, tapi kita boleh tolak kalau tak mahu (eg; injector cleaner, aircond service, tyre balancing etc).

      Delete
  19. siapa2 yang ingin membeli spare part altis 1.6 (06) blh whtspp saya 0163733100..door trim ,aternator, radiator dll..nk clear stok urgent

    ReplyDelete
  20. selalunya knp bila tukar EO SC bleh bagi millage sampai 10k. adakah sebab minyak toyota @ mmg jaminan diorang @ mcm mana? lagi 1 nak tanya EO yang elok bleh bagi suggestion x? sbb sblm ni pernah try EO petronas, Vmag & toyota sdri mcm sama je. EO mana better utk lajakkan millage 10K estimate ? pandangan sahabat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini my personal opinion ye, secara amnya, mana-mana EO semi-synthetic jenama utama (eg Toyota, Petronas, Castrol, Shell etc) dah boleh lajak 8-10k tanpa masalah. Lebih-lebih lagi jika corak pemanduan biasa dan tidak lasak.

      Saya tak memilih sangat jenama EO, asalkan mengikut budget semasa. Cuma saya sentiasa beli dari SC ataupun petrol station untuk pastikan benar-benar original. Ataupun melalui bengkel yang benar-benar saya kenal.

      IMHO sahaja. Mungkin rakan-rakan lain boleh beri pendapat.

      Delete
  21. Tumpang tnya ckit, kalau nak bli atf kt kdai spare part , atf jenis apa n brapa liter.. Toyota vios(2013)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna ATF Toyota, tak kira sewaktu service di service centre ataupun bengkel luar. ATF Toyota datang dalam pack 4L. Biasanya guna separuh, tukar setiap 40k km. Mungkin rakan2 lain boleh bagi saranan.

      Delete
    2. Utk gearbox..seelok-eloknya pkai yg orginal toyota..utk vios 1st..pkai yg type IV tin hitam tu..utk 2nd n 3rd gen pkai yg WS(world standard) tin silver tu..ad byk jenama lain yg keluarkn myk atf yg compatible utk vios,mcm mannol,petrocanada dsb..tp bg sy,utk gearbox..pkai yg asli..sbb gearbox mhl tu..haha

      Delete
    3. Tuan Dhanie, bab gearbox mahal saya setuju sangat hehehehe !

      Delete
  22. Assalamualaikum tuan nak tanya ada pengalaman tukar mounting engine vios model 2013 x?berapa rat habis kalo tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini belum lagi. mohon rakan-rakan atau reader lain kongsi pengalaman.

      Delete
  23. Salam bos,biasanya dkt sc ada juga ke dorang minta tukar tayar kalau dorg minta tukar tayar boleh ke sy cari sendiri tayar tanpa perlu tukar kat sc,takut void warranty jer,satu lagi lepas habis warranty bolehkah sy service sendiri dan tak ada apa2 masalah kah yg akan berlaku di masa akan dtg contoh dri segi value?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak silap saya, tayar tidak termasuk item under warranty. IMHO tiada masalah. Saya memang tukar tayar kat luar, dan saya tiada masalah untuk claim beberapa items under warranty selepas itu (suspension system, battery charger system).

      Value bagi saya dari rekod service. Memang lepas habis warranty saya lebih banyak service kereta kat luar, tapi saya sentiasa simpan segala rekod seperti resit dan sebagainya. Senang nak tunjuk pada buyer kalau nak jual kereta nanti.

      Delete
  24. kereta saya toyota vios 3 gen mileage baru 34k.
    waranti nak abis bulan depan boleh tak cadangan pada saya bengkel yang betul betul pakar untuk servis kereta toyota vios sahaja.

    ReplyDelete
  25. Assalam tuan otai dlm forum ni,sy nk tanya sikit pasal vios 3gen 2014,Baru beli nak msuk 2mgu..sy isi minyak petrol rm70 tp blh jln dlm 250km++ sj dh menyala lampu nk minyak lg,sblm ni sy servey org yg pakai vios dia mmg Jimat..blh sp2 Bantu sy tak apa perlu buat 0195254403

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM70 dapat full tank tak tuan? Kalau full tank vios saya boleh pergi jauh lagi. mungkin sahabat lain boleh bantu cari idea untuk tuan shahrul

      Delete
  26. Sekarang ni hrga minyak kn naik,kita xboleh ikut berapa rm dah sampai 250km jer,tapi ikut liter.saya dh guna 2 model vios,yg 3rd gen agak kuat sikit minyak cuma kita tengok cara user bawak laju atau slow dan aircond tu jgn bg maksimum kalau nk jimat ye..2nd gen vios enjin running smoother dan lebih jimat sikitlaa...sbb kos servis skrg pun xmacam dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuan, isi RM50 kekadang tak rasa apa. Dulu dah penuh tank. Paling elok nak check, isi penuh tank kemudian test jauh mana boleh pergi dan compare dengan kereta member.

      Delete
  27. Nk share jugak. Vios 2008 G spec AT.Mileage skrg 190K km.
    Biasa service luar je pkai EO shell semi 10W-40.Harga RM130skrng ni. Dlu Rm110 je. Tukar setiap 7K km mileage. Beli kt stesen shell. X brani beli kt kedai sparepart sbb dgr nya byk yang tak ori. So far so good. Enjin masih senyap. Minyak masih jimat. Oil filter je beli kt sparepart. Minyak shell semi ni aku dah biasa pakai dari masa pakai Honda civic B16A dlu. Memang best la aku rase. Tp satu lg yang penting minyak korang pakai tu original. Bukan minyak yang di tapis balik.
    Aircond tak pernah service masih sejuk. Tukar cabin filter je.
    Gearbox tukar minyak setiap 40k km. Pakai Toyota ATF type WS. RM155 klu beli kt sparepart.
    Enjin tak pernah rosak kecuali
    1 - motor radiator fan. Aku beli kt sparepart tukar sendiri aje. Ori toyota. RM250 klu tak silap.
    2 - Idling jd rendah. O2 sensor problem. RM280 beli kt sparepart jugak. Yg kene hantar kedai tukar kan sbb kene jek kereta. Klu kerete vios korang ade problem mcm ni, jgn lupe service throttle body skali.
    3 - bearing tayar blkg belah kiri. Dia dtg skali ngan sensor ABS. RM350 rasenye tu. Simpton dia ade bunyi berdengung bila jalan.
    4 - wear and tear. brake pad pakai Bendix Metal King aje. RM140 rasanya/ Tahan lama. Pernah pakai Ori Toyota Rm200. Kejap je habis.
    5 - belt alternator cum belt compressor. yang ni tukar kt bengkel biasa pon boleh. Bando RM60 jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan, banyak info berguna yang tuan kongsi. Mohon kongsi lagi jika ada tips2 yang lain.

      Delete
  28. Vios ni penuh tangki rate bese dapat pi brpa jauh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapasiti Vios sekitar 42 L. Kalau isi penuh biasa kereta saya boleh pergi sekitar 500 km (jarak sehala saya balik kampung). Itu pun minyak masih berbaki 1-2 bar bergantung kepada corak pemanduan atau muatan.

      Delete
  29. assalam tuan.tumpang tanya kalau ada pengalaman masalah mcm saya. saya pkai vios 2nd gen spec G kereta ada bunyi mcm tepet.saya cuba tnya di bengkel2 lain semua kata bunyi dari shim.minyak di gunakan skrng 10-40.ada x bengkel yg boleh di rekemen untuk pembaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Iskandar, saya kurang mahir pula. En tinggal di mana? Mungkin ada readers lain yang boleh membantu. Satu lagi, Encik joint group FB Vios Owner, sana ramai yang mahir pasal Vios.

      Delete
  30. assalamualaikum admin dan rakan taulan yan lain. saya Kimi. bakal membeli vios dugong tahun 2012, J spec. di sini, saya mohon akan perkongsian ilmu dari anda semua. memang first time pakai kereta ni. sebelum ni pernah kongsi pakai myvi. jadi dah tiba masa pakai kereta sendiri. mileage kereta 92313. cuma, tang vios saya tak tahu nak selenggaranya. mohon pencerahan semua. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Kimi. Tahniah dapat kereta sendiri, pilihan yang tepat. Vios memang pada kelasnya, selesa dan jimat minyak. IMHO, penyelenggaraan sama saja mana2 kereta. Minyak hitam, oil filter adalah basic. Lain2 mengikut keperluan dan juga manual. Jangan malu2 untuk bertanya, Insha Allah ramai yang akan cuba membantu.

      Delete
    2. En Kimi juga boleh join group Vios Owner di FB. Sana lagi ramai expert.

      Delete