Tuesday, 23 September 2014

Pramugari Terlampau Versi VietJet Air


Hang pa pernah ada pengalaman terbang bersama VietJet Air tak? Rasanya ramai yang belom pernah termasuklah ambo.

Makloman semua, VietJet Air merupakan salah satu syarikat tambang murah di Vietnam. Ala2 Air Asia kat negara kita jugalah. 

Malahan awal2 penubuhan VietJet Air ni dulu, Tony Fernandez memang nak beli 30 peratus saham VietJet Air. Tapi badan penerbangan Vietnam tak bagi rebranding, sebab Tony nak guna nama Air Asia dan tak mo bubuh VietJet kat kapai terbang depa.

Maka tak jadilah Tony nak joint venture dengan depa. VietJet Air pun mulalah terbang tanpa abang Tony pada 25 Disember 2011. Kira muda lagilah umuq VietJet Air berbanding Air Asia.

Pada dalam usia semuda ini, VietJet Air ni buleh tahan la jugak miangnya. Cuba hang pa pulun tengok gambirun berikut;

Iklan siap separuh bogel, awat tak tanggai terghuih?


Amboi2, kaler pramugari dah sama kaler dengan kapai terbang.


Bikin penasaran seh, dah machiam nak masuk kelab Agogo Pattaya.


Nak duduk sebelah buleh?


Bertuahlah sape yang dapat beli tiket. Mahai pun tak pa janji dapat naek VietJet Air.


Uikkkkk melentik sakan nohhhhh!!!


Pakat duk amek gambirun semuanya.


Amachiam, ada rasa teruja mo menchoba perkhidmatan VietJet Air? Mulus2 nohhhh pramugari depa, sikit lagi mo telanjang. Sat gi ada penumpang duk telanjang sama.

Mesti kamurang dah bukak website VietJet Air kan?

Ekekekeke, jangan duk kalut sangat lah nohhhh. Ini cuma trial photoshoot untuk tujuan promosi komersial VietJet Air. Rasannya dalam penerbangan sebenar tak adalah pramugari depa nak dressing cam gini.

Kalau betul pun ambo sukoooooooo!!!

Tapi trial photoshoot ini mengundang kechaman dari seluruh dunia sebagai mengeksploitasi tubuh badan wanita bagi tujuan meraih keuntungan. Kecham machiam mana pun ambo tetap sukooooo!!!

Nak habaq mai juga, ini bukan kali pertama VietJet Air buat aksi berbugel-bugelan dalam kapal terbang depa. 2 tahun lepas depa anjur tarian gedik2 dalam kapai terbang oleh 5 orang peserta ratu chantek yang berpakaian ala2 orang asli Hawai. Tutup p*p*k dengan k*p*k saja.

Suke bebenor depa dengan separuh bogel ni kan nohhhh!!!!

Bila Air Asia nak follow? Ekekekekeke

Tak payah follow le kut, sendat dan ketat lagi sedap ditengok berbanding buka terus, lalalalalala!!!

Roger and out!!!

Sunday, 21 September 2014

JoM MaKaN : Roti Canai Warung Sulaiman 2


Warung ini agak popular di Jajahan Kuala Krai, Kelantan kerana dikatakan roti canai mereka chukup lazat dan rangup. Bahkan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Jadi masa berkelana ke Kelantan baru2 ini, ambo melapangkan diri untuk singgah di Warung Sulaiman 2, salah satu rangkaian Warung Roti Canai Sulaiman.

Masa ambo singgah, waktu sudah hampir larut malam tapi pelanggan masih bertali arus. Hebat sungguh penangan Emchek Sulaiman, kata hati ambo.

Jadi machiam kebiasaan sewaktu ngeteh, ambo order sekeping roti kosong dan segelas teh tarik. Tidak lama masa diambil untuk hidangan tiba walau pelanggan agak ramai.

Moh kita pakat2 rasa;

Kunyah kali pertama - biasa2 saja rasanya.

Kunyah kali kedua - pun biasa2 saja.

Kunyah kali ketiga sampai habis sekeping roti canai kosong - pun sama, tak rasa apa2 yang istimewa.

Apa sudah jadi macha? Hukallohhhhhh.......

Nak kata salah masuk kedai, kepompem terpampang signboard tertulis Warung Roti Canai Sulaiman. 

Kat mana silap ni?

Nasib baek teh tarik agak ok. 

Konklusinya; sedap pada orang belum tentu sedap pada tekak kita.

Roger and out.

Thursday, 18 September 2014

TTS FZian TM | Kedai Lampu Hijau | 12 Sept 2014

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Time: 9 - 11 pm
Port: Kedai Lampu Hijau
FZians: Chegu Hafiszudin, d'Zul & lupa nama daaaaaaa!!!!

Depa semua ni memang makhluk nokturnal, malam2 aktive sungguh. Kejap2 ngeteh, kejap2 roti cobra, paling tak menahan malam2 buta duk ngasah tayar panjat Genting. Respek & suspek abes ambo dengan depa semua ni.

Ambo tak daya nak follow sebab mata cepat ngantuk kalau weekdays, hujung minggu baru boleh join depa duk ngeteh kat Kedai Lampu Hijau. Sampai la ni ambo tak tahu nama betul ini kedai, tapi lampu dia memang hijau lip lap nohhhhh!!!!

Malam tu ada 5 ke 6 FZians yang join, tapi sudah lupa nama la nohhh!!!! Ada yang datang naek muto, yang datang naek keta pun ada. 

Topik sembang machiam biasa la nohhhh, ride sana ride sini, upgrade sana upgrade sini. TTS kelab muto memang sembang pasal muto la kebanyakkannya, tapi ada jugalah sentuh isu2 semasa yang relevan dengan kehidupan masing2.

Paling hanget bila duk telek FZ lama vs FZ baru. Tak pa lah nohhhh, rezeki depa nak dapat aksesori lebih. Kita syukur saja dengan apa yang ada.

Belanja gambirun sikit;

Chegu duk koling2 member yang landing salah tempat.


Antara jentera yang sudi hathir. FZ calet2 hijau ni machiam pernah kulihat sebelum ini tapi di mana ya?


Chegu duk kelebek tayar FZ 2014. No more Kenda yippeeeee!!!!

Minggu depan TTS lagi nohhhh, kalau ada masa dan rezeki la kan. Eratkan silaturrahim sambil kongsi2 ilmu.

Kita Rider Tiada Beza.

Roger and out!!!

Cover Cowling (Sampan/Bajak/Under Cowl) & Hand Guard Untuk Yamaha FZ150i

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Kalau hang pa stress apa yang hang pa suka buat?

Kaum ibu shopping la kut nak bagi hilang stress, tapi kaum bapak pulak apa kaedah yang paling sesuai? Ada petua jum kita pakat2 kongsi nohhhhhh!!!!!

Pesanan buat hang pa, juga pesanan buat diri sendiri;

Kalau buleh, jangan stress sesangat noh. Ada rasa berdengung kepala terus tarik napas panjang2. Kalau dilayan sangat buleh dapat darah tinggi, nak malang lagi stroke mai melawat, kes naya nohhhhh!!!!

Minggu ni dan minggu lepas saja sudah 3 orang yang ambo kenal sangat down sebab stroke. 

Hat pertama senior satu tempat kerja, kena kat rumah. Tengah serunuk2 tengok tibi sekali koleps. Tengah2 malam buta kena tepon ambulans bawak pigi IJN. La ni masih kena tahan dalam ward.

Kes kedua, ini ambo punya big boss. Lepaih saja abes meeting tetiba dia lari masuk opis, sebab rasa loya nak muntah. Badan rasa seram sejuk katanya, duk lama kemudian terus duduk terdiam ataih kerusi mata dah naek ke atas. Tepon ambulans bawak pi PPUM, pun doktor kata serangan stroke.

Terbaru petang semalam, kali ni boss nombor 2 pulak kena. Tengah duk hadap laptop tetiba muka tersembam ke keyboard. Kecoh nohhhh satu opis, tetiba kena serangan jantung. Umuq baru masuk 4series nohhhhh. La ni masih kena tahan kat Hospital Klang.

Ketaq kepala lutut ambo dengaq, maklumlah diri sendiri pun dah di penghujung 3series nak masuk 4series.

Mulai la ni kena lebih hati2. Rasa nak2 stress saja terus tutup laptop. Lupakan keje sekejap dan buat benda laen yang buleh buat hati gumbira. 

Machiam tadi, kepala dah jem habeh nak siapkan kertas keje. Rasa nyut2 terkemut-kemut salur darah belah kiri. Teghuih ambo tutup laptop, start enjin muto dan bawak pi bengkel. Dah sampai masa muto kena serbis la nohhhhh!!!!!

Serbis muto pun buleh kasi hepi dan elakkan stress ke nohhhhh?

Buleh..... buleh nohhhh!!!!

Maknanya kita buat apa yang kita suka atau minat. Kalau minat muto, apa2 pasai muto memang buleh buat kita hepi. 

Kalau minat benda laen buatlah hat lain, jangan pi serbis muto plak. Karang makin stress tengok pomen buat keje chacha merba.

Muto tadi ambo serbis di HVM Bikers Shah Alam. Buleh juga usha2 barang sikit, nak modi muto FZ ambo ke mode touring.

Pomen tengah buang darah kotoq FZ, kemudian kasi masuk darah baru yang lagi fresh, Motul 5100. Harga Motul 5100 RM49 campur oil filter RM8.

Antara barang yang ambo nak usha sebenarnya sampan/bajak atau under cowl dan juga hand guard/protector.

Apa fungsi sampan/bajak/under cowl?

Fungsinya untuk lindungi bawah enjin dari tergaret, tercalar, terlanggar atau omputeh kata prevent any physical contact with hard materials hehehehe. Selain itu forumer Indonesia kata untuk meningkatkan aerodinamik serta menambah aliran angin bagi tujuan penyejukkan enjin.

Hand guard atau hand protector pula untuk melindungi jemari ambo yang mulus ini sewaktu menungggang. Maklumlah kat highway kan banyak lori hantu dan lori tak berapa nak hantu. 

Kekadang kalau lori pasir dan lori batu melintas, naek pedih tangan dan muka kalau tetiba pasirun dan batuan tersebut berterbangan.

Memang pasir dan batu tak besaq mana, tapi kalau terbang dengan kelajuan lebih 100 km/j, kena jari kelingking mo rasa nak patah nohhhh!!!!


Nampak, dah pasang under cowl. Jenama MSC, ari tu nak pasang under cowl transformers tapi tak jadi.

Harga undercowl RM55, semua pasang siap. Lain2 kedai ada yang lagi murah kut. Jenama MSC, entah short form untuk hape.

Kemudian pasang hand guard/protector. Ini tricky sebab tak jumpa hand guard khusus untuk FZ150i. Terpaksa guna hat scrambler punya.


Pomen tengah kelebek, ukur sana ukur sini nak chari jalan supaya hand guard scrambler buleh masuk pada FZ.


Naek risau ambo, habeh dikelebeknya. Kilas sana kilas sini baru buleh masuk. Tapi calar balar le sikit meter FZ kena bracket hand guard/protector.


Belah kanan tadi punya la bertungkuih lumuih, sampai berpeluh nak pasang. Belah kiri pasang sambil kunyah kacang hijau sebab dah tahu teknik yang betui.

Harga hand guard/protector RM190, pasang siap. Jenama Racing Boy. Next time ada rezeki kasi pasang windshield yang tinggi sikit, nanti2 lah kalau ada duet lebih.

Last, minta pomen kasi check coolant;

Masih ok kata pomen, tak perlu tambah. Selamat duet ambo!!!

Ini kira sesi terapi buat diri ambo la nohhhh!!!!

Kasi chantek muto, bukan apa, kita duk lenjan ari2 buat pi kerja. Kenalah jaga betui2.

Lepas serbis muto pi makan tengah hari jap. Balik opis solat dan ni duk tercongok depan laptop balik.

Otak dah segar moh kita sambung buat kerja.

Kita Rider Tiada Beza, Rock n Ride Nohhhhh!!!

Wednesday, 17 September 2014

Kera Dihutan Kekenyangan, Anak Dipangkuan Lemau Tak Chukup Makan

Nak sembang pasal kera ke hape ni? 

Dah ekkkkkk, saja nak relate peribahasa lama dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Peribahasa pun ambo dah modi ikut perkembangan semasa, tapi maksudnya lebih kurang la noh;

Kera dihutan kekenyangan - pendatang asing mai negara kita buleh kaya raya buat duit.

Anak dipangkuan lemau tak chukup makan - anak bangsa kita sendiri duk mengeluh kat Malaysia susah mahu chari makan.

Kita nak salahkan siapa?

Bila mana ada rakyat Malaysia yang nak makan nasik sekali sehari pun tak mampu.

Bila mana ada rakyat Malaysia nak bayaq bil air dan bil elektrik pun tak mampu.

Bila mana ada rakyat Malaysia nak sekolahkan anak pun tak mampu.

Bila mana dah besaq lagi panjang, malah dah tua bangka pun masih harapkan mak bapak sponsor duit rokok.

Alasannya tadak duit, alasannya tadak kerja.

p/s: jangan salah paham, entry ini hanya merujuk kepada mereka yang sihat tubuh badan tapi malas nak chari kerja sahaja. 

Pada mana orang kita sendiri duk mengeluh susah chari makan, susah chari kerja kat Malaysia, saban hari beribu-ribu pendatang asing duk mai serbu peluang untuk chari rezeki kat Malaysia.

Maknanya peluang untuk raih rezeki masih ada, chuma kemahuan saja kurang.

Mat Bangla sibuk banting tulang chari rezeki dengan kerja potong rumput, cuchi longkang dan pelbagai pekerjaan laen yang langsung tak glemer.

Mat Yindun, bukan kemaen gegeh jadi buruh binaan. Tulang 4 kerat dikerah sepenuhnya duk gaul simen, apa sajalah kerja berat janji buleh mendatangkan duet.

Anak muda kita, mana ada yang sanggup kerja potong rumput, cuchi longkang atau jadi buruh binaan. Tak glemer kata depa, nak keje yang buleh pakai smart siap dengan tali leher. Kul 8 punch in, kul 5 punch out. Itu yang depa duk idam-idamkan.

p/s: mentaliti ini ambo pun ada hehehehe!!!!

Apa pasai ambo duk sembang lagu ni?

Nak cherita ada satu macha, ori dari India. Baru sampai Tanah Melayu untuk bekerja sebagai tukang gunting rambut. Speaking Tamil memang dia terer, sambil kunyah sireh pun buleh speaking Tamil tak ada silap. 

Bahasa Melayu sedikit out, tapi dia tetap usaha nak belajaq. Kalau tak belajaq Bahasa Melayu machiam mana mahu entertain kastemer Melayu. 

Jadi macha ni gegehlah duk hapal sukukata, perkataan dan ayat2 mudah Bahasa Melayu untuk dia berkomunikasi dengan pelanggan berbangsa Melayu.

Maknanya dia usaha sungguh2 supaya dapat chari rezeki kat Malaysia. Maknanya negara kita masih kaya dengan peluang pekerjaan, pendatang sanggup buat apa saja, janji dapat terobos masuk Malaysia untuk chari rezeki.

Macha pakai baju kaler merah, kerja tukang gunting rambut. Masih baru di Malaysia, cakhap melayu pun lintang pukang.


Masa duk tunggu turn, nampak ini buku. Macha guna untuk pelajari Bahasa Melayu dikala kastemer tak ramai.


Baguih nohhhhhh ini buku. Nak belajar Bahasa Melayu buleh, Bahasa Arab buleh, Oh! My English pun buleh nohhhhh!!!!

Nampak?

Kalau macha yang baru sampai Tanah Melayu pun buleh berjaya dapat pekerjaan, ngapa anak2 muda kita masih mengeluh kata Malaysia tadak peluang pekerjaan?

Oh! lupa. Depa nak keje dalam opis beraircond saja. Jadi buruh binaan atau buruh ladang 'apa barang' kata depa.

Roger and out!!!

Father & Sons Bonding | Tasik Proton City | 7 Sept 2014

Bonding la sangat, hehehehe. Ini kes mak depa out of town sebab ada kursus on weekend. Jadi ambo pun bawak la my sons beriadah di Tasik Embayu Proton City.

Kalu tak bawak keluar karang ada yang melalak tak berlagu kat rumah. Jadi sesi riadah ini lebih kepada nak bagi lepas gian bebudak kenit untuk berjalan. 

Dekat pun tak pa lah janji dapat jalan2. Belanja gambirun sikit;

Taman permainan telah dibaik pulih oleh Proton City Developer.


Ini saja2 maen kamera henpon!!!!


Merenung jauh - dok pikiaq ada naga ka tak dak naga dalam Tasik Proton.


Berjiwa seni la sangat. Buang sampah merata dah satu hal, ni ada hat gatai tangan dok conteng sana sini. Ingat semua orang suka ka?

p/s: Minuman yogurt jenama Bliss bukanlah penaja rasmi entry ini. Saja buat bahan untuk prektis teknik photography. Harap makloman.

Minta maaf la nohhhh kalu kerap sangat duk sembang pasal Tasik Proton City kat blog. Bukan apa, dah tasik ini yang paling dekat dengan rumah ambo. Maka ke sinilah kami tiap2 minggu untuk sesi riadah.

Roger & out!!!

Tahun Melawat Malaysia 2014 | Wisma Sejarah

Siapa pernah melawat Wisma Sejarah kat Jalan Tun Razak KL? Kalau pernah mohon angkat khaki!!!

Nape ambo tanya?

Sebab nak chari info apa yang ada kat sana. Ari tu, dalam bulan 8 ambo dan binik ada turun KL untuk ke Pusrawi. Sekali dapat parking kat basement Wisma Sejarah. 

Ambo sebelum ni tak pernah dengar pun alkisah Wisma Sejarah. Tapi alang2 dah sampai, apa salahnya kita riki2. 

Tapi malangnya galeri Wisma Sejarah adalah ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan juga public holiday. Menurut sekuriti yang bertugas, galeri tersebut hanya dibuka pada hari2 bekerja, opis hour maaaaaa!!!!

Maka kempunan lah den nak usha2 apa yang ada dalam galeri tersebut. Jadi ambo belanja gambirun luaran Wisma Sejarah sajalah nohhhhh!!!!

Ini gambirun bangunan Persatuan Sejarah Malaysia, atau dikenali juga sebagai Wisma Sejarah.


Kita bacha2 sikit info ringkas berkaitan Persatuan Sejarah Malaysia. Tapi awat ringkas bebenor?


Jum kita melangkah ke Galeri Sejarah, tapi tengok pintu masuk sajalah sebab galeri ditutup pada hari minggu dan public holidays.



Ini info berkaitan Wisma Sejarah itu sendiri.



Kepompem pasal kemerdekaan, jum kita usha apa yang tertulis pada papan tanda info.


Ni ambo dah abes zooming dah ni, guna kamera henpon je pun. Ada nampak ka?


Laen2 yillek sebab galeri ditutup. Sapa2 yang ada pengalaman melawat Wisma Sejarah mohon kongsi sebab kalau berbaloi nak return balik.

TQVM, roger and out!!!

JoM MaKaN : Burger King @ Restoran Jejantas Sungai Buloh



Tekak bercitarasa nusantara seperti ambo ini sememangnya amat sukar untuk menerima menu2 berunsur kebaratan. Hatta fast food sekali pun, kalau dah teringin sangat baru jamah, itu pun boleh bilang dengan jari dalam setahun.

Tapi berbeza dengan anak2, semuanya kaki fast food. Kejap2 KepC, kekadang Mekdi, malam tadi meroyan nak Pizza Hut. Suke bebenor makan benda yang penuh dengan pengawet ni nohhhhh!!!!

Jadi ada sekali tu masa lalu Restoran Jejantas Sg Buloh, ambo sekeluarga sesaja singgah, sebab ada yang nak terkuchil. Lepas tu jalan2 sekejap tengok2 kedai, sekali ada pulak yang kata lapo. Lapo je manjang ko ni nohhhhh!!!!

Usha2 moh kita chube Burger King - maklumlah masa tu kecoh duk kata Mekdi sapot Israel hehehehe. Order untuk bebudak kenit berdua saja, burger dan fried ciken. Mak bapak budak chuma order milo panas buat penyegar badan.

Pestaim pekena Burger King, perghhhhh lazat juga nohhhh dia punya fried ciken. Tak ada rasa pengawet dan tak masin sangat machiam KepC.

Tak tau lah sedap tu sebab sememangnya sedap, atau sedap sebab pow lunch set bebudak kenit - munchung je sebab tangan kami tak henti2 duk chubit ayam milik depa hehehehe.

Nak mai lagi ka pekena Burger King tanya anak2.....

Mak pak memang suka tapi tak leh selalu la ye anak2. Fast food mana2 pun memang ada pengawet. Tak baguih untuk kesihatan ye nohhhhh!!!!

Roger & out.

Thursday, 11 September 2014

Selamat Pengantin Baru | Bukit Beruntung Golf Club | 30 Ogos 2014

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Lately ramai pula jiran2 ambo yang melangsungkan majlis pernikahan anak masing2. Maklumlah kebanyakkan jiran ambo berstatus veteran, jadi anak2 depa semua dah besaq lagi panjang.

Antaranya Dr A. Rahman yang melangsungkan majlis untuk anaknya di Bukit Beruntung Golf Club. Tapi apa nama mempelai? Kenal bapak, anaknya memang tak pernah bertentang mata.... hehehehe. Tak pa, lama2 kita pakat2 kenal la nohhhh!!!!

Inilah lokasi berlangsungnya majlis yang pastinya akan dikenang seumur hidup oleh pasangan mempelai;


Antara hadirin yang kusyuk menjamah hidangan;


Kami sampai ni pun dah sedikit lewat, sejam sebelum majlis tamat. Jadi tak sempat nak jumpa jejiran yang laen, agaknya depa lagi datang awal nohhhh!!!!

Gambirun kat atas tu ada uncle hensem pakai baju melayu kaler oren, itulah bapak pengantin merangkap tuan rumah majlis hehehehe. 

Gambirun pengantin memang tadak, tapi gambirun para dayang dan hulubalang ada;


Masa ni depa pakat2 turun tangga tak tahu mo ke mana, mo ke kolam agaknya untuk sesi bergambirun.

Khabarnya ada tetamu yang lepas menjamu selera, terus terjun kolam untuk mandi manda - kira berkenduri sambil beriadah la noh!!!!

Akhir kata Selamat Pengantin Baru la nohhhhh!!!!

p/s: Tikam Jebat, tikam lagi..... ye tikam.... tikam.......

Saturday, 6 September 2014

TTS FZian Tanjung Malim @ Kedai Lampu Hijau | 5 September 2014

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Time: 9.30 - 11.30 pm
Port: Kedai Lampu Hijau (opposite Poslaju Tg Malim)
FZians: Cikgu Hafiszudin, Syafiq, Faiz, Haziq & d'Zul 

Buat pertama kalinya, ambo berkesempatan untuk joint sesi ngeteh | ngopi anjuran FZTM. Ini bukan TTS edisi pertama FZTM, dah berpuluh-puluh kut chuma ambo yang baru ada rezeki untuk mai duk lepak ngan depa. Kebetulan malam minggu dan lokasi ngeteh pun sekangkang kucheng dari rumah ambo.

Jadinya, lepas acara tahlil kat Masjid Jamek Tg Malim, lepak2 rumah kejap kemudian pulas minyak ke Kedai Lampu Hijau (dah depa duk sebut lagu tu, ambo pun panggil kedai lampu hijau la noh!!!).

Ambo sampai lewat sikit, dah dekat jam 10 gitu, Emchek Admin dan orang kuat FZTM awai2 lagi dah ada bersama orang jauh, dari Kodiang nun mai lepak Tanjung Malim. Tak lama kemudian bro Haziq pun mai sembang sama.

Topik sembang memang tadak benda laen lah, nak bagi moto lebih pick-up, nak kasi laju, modified itu modified ini, ride sana ride sini. Tapi depa la duk sembang, ambo maen angguk & duk dengaq saja. Maklum sajalah nubi, baru masuk 4 bulan berkechimpung dengan dunia FZ, banyak lagi yang nak kena belajaq. 

Chegu Hafiszudin & Faiz. 

Minta maap la sahabat2 semua, kalau malam tadi ambo machiam berat mulut sikit. Sebab ambo dah biasa machiam gitu, lebih suka mendengaq dari berbichara, hehehehe.

Tup tup tengok jam dah pukui 11 lebeh.....

Sembang sudah, makan pun sudah, TTS diakhiri dengan sesi mengelebek moto masing2 dan moto kawan2. Moto depa ni hebat2 semua, tukar itu tukar ini, moto ambo jugak yang stendet mendet keluaran kilang. Moto chari rejeki le katakan.

Kalau ikut pi konvoi Kemerens, memang jenuh kena tinggai la jawabnya. Nak cechah 100 km/h pun bergegar satu badan hehehehe. Bukan setakat makan asap moto Fzians yang laen, silap perhitungan asap pun ambo tak sempat nak makan!!!!

Tapi ambo respek & suspek moto Chegu Din, touring habeh. Besaq gak modal tu kan chegu? Ambo berkenan betul nak pasang side box Givi nih.

5 buah jentera duk lepak tepi jalan sebab semua riders tengah menchekik.

Naek segan bila Chegu Din duk kelebek moto ambo - stendet mendet kilang chegu!!!!

Faiz lepas TTS terus balek rumah kakak dia kut, lain2 pergi lepak2 dengan member yang layan badminton sampai larut malam katanya. Ambo, chaltae balik rumah sebab mata dah kuyu.

Urite brader2 yang hadir pada malam tadi, TQVM dan bak kata orang Jawa 'Nice To Meet All of You'. Inshaa Allah ada rezeki buleh kita berTTS bersama-sama lagi.

Pin pin..... Kita Rider Tiada Beza.

Roger & out!!!

100 Hari Kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah



Jumaat lepas telah diadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena genap 100 hari kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah. 

Majlis ini diadakan di masjid2 utama di setiap jajahan dan daerah seluruh negeri Perak. Bagi daerah Batang Padang, majlis tahlil ini telah diadakan di Masjid Jamek Tanjung Malim.

Ambo pun turut sama meluangkan masa bagi menghadiri majlis tersebut di Masjid Jamek Tg Malim. Setiap jemaah yang hadir dibekalkan dengan naskhah Surah Yasin edisi khas - warna kuning, lambang Di Raja.


Bacaan Yasin dan tahlil berlangsung usai solat Maghrib dan dipimpin oleh pegawai agama Daerah Batang Padang.




Kemudian majlis disusuli dengan solat Isha' secara berjemaah, diikuti dengan sedikit jamuan - jamuan ini katanya disumbangkan oleh pihak istana, untuk kira2 500 hadirin bagi setiap masjid yang terlibat.

Pada awalnya.....


Tiba-tiba.....


Panjangnya barisan.....


Akhirnya, Alhamdulillah.....



Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang solehin. 

Al-Fatihah

Friday, 5 September 2014

Pengalaman Ubahsuai Rumah Baru | Tangga Rumah & Porch

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Rumah baru kami ini agak 'rare' sikit sebab depan rumah ada tangga. Dah jadi machiam rumah kat kampung2, nak masuk rumah kena panjat tangga.

Ada member datang rumah siap sound 'machiam rumah hindustani la, ada tangga tinggi depan rumah' ekekekeke.

Machiam mana sampai buleh ada tangga?

Ini sebab rumah baru kami ini dibina di area lereng, bukan lereng bukit tapi kawasan yang sedikit bertebing. Ibu rumah memang rata, tangga dan porch saja dibina di area yang bertebing. Maka terpaksalah bina tangga untuk naek ke ibu rumah.

Next project kami is, bukanlah nak runtuhkan tangga tersebut, tapi nak pasang jubin dan ubahsuai sikit kawasan porch. 

Cuba tengok gambirun berikut;


Kan dah habaq tadi, depan rumah kami ada tangga tinggi. Pemaju kedekut sebab tak pasang jubin siap2. Tangga ni pun dah kacau area porch, jadi tak berapa nak luas. Harapkan unik je lah, rumah kat taman perumahan, tapi ada tangga machiam rumah kampung.



Satu lagi benda yang buat ambo tak berkenan pasal porch rumah ambo ini adalah kehadiran tiang seri tuh, yang ambo tanda dengan anak panah merah tu. Keduanya longkang kecil, ada ambo tandakan dengan anak panah biru.

Kehadiran kedua-dua bendalah ini membuatkan ruang parkir menjadi sedikit sempit. Dua kereta sedan buleh masuk, tapi muat2 sajalah. 

Nak buang tiang seri tu idoklah, makan kos juga tu kalau tak silap. Jadi apa yang ambo buat adalah tutup longkang kechil tersebut jadi kereta boleh masuk ke dalam. Anak2 kalau nak bermain pun tak adalah sampai terperosok masuk longkang nanti.


Kali ini ambo tak ambil kontraktor cina lagi dah, tapi upah mamat Bangla yang kerja bina rumah di sekitar perumahan kami. Bila dibanding-banding quotation dari beberapa kontraktor cina, kami dapat jimat hampir RM3k dengan mengupah sendiri mamat Bangla.

Barang2 semua kami beli sendiri, cuma bayar upah kerja saja. Ada kontraktor yang kira lump sum, maknanya kita hulur duet dan dia akan belikan kesemua barang2 binaan. Nak mudah hang pa buat lah cara ini - hang pa huluq duet dan semuanya beres.

Tapi kalau hang pa nak berjimat, baek hang pa pi kedai hardware sendiri - survey barang, survey harga - pada ambo ini lebih menjimatkan.

Ini kerana ada kontraktor yang makan untung atas angin, harga barang yang dia beli pun siap mark-up harga. Itu belum lagi soal kualiti. 

Kalau kita yang pi beli sendiri - sudah tentu kita pilih yang terbaek dari segi harga dan juga kualiti.


Mamat Bangla yang ambo upah ni memang kerja agak bagus. Dulu ambo sedikit tak berapa nak perchaya depa punya hasil kerja. Dulu kan mana ada Bangla kerja binaan, buruh Yindun adalah. Tapi bila tengok hasil kerja depa, bagus juga, cepat pun cepat tak ada delay.


Ini satu lagi yang ambo buat, kasi tutup longkap luar rumah. Sebabnya selain menyakitkan mata ambo bila memandang, pepagi aroma yang keluar dari longkang tersebut amatlah harum semerbak. Jadi ambo decide kasi tutup saja, bau masih ada lah tak boleh nak buat apa dah, cuma mata sajalah tak nampak.



Bila dah tutup ni, buleh lah jadikan tempat parking untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah. Kalau tak tetamu kami terpaksa parking atas jalan raya - dah mengganggu lalu lintas. Jalan depan rumah kami agak sibuk walau masih dalam taman perumahan, ini kerana ia merupakan laluan utama untuk penghuni taman keluar je jalan besar. 

Pemaju pun cherdik, langsung tak bina reserve diantara pagar rumah dengan jalan utama - nak parking kereta kat luar rumah terus jadi susah, kalau parking jugak dah halang lalulintas. Dilemma sungguh - jadi ambo ambil inisiatif untuk tutup longkap supaya tetamu senang nak parking.

Total kos;

Bahan binaan (jubin, batu, pasir, simen etc) - RM3500++
Upah buruh Bangla - RM3700

Nanti ambo update gambirun hasil kerja depa.

Roger & out.