Thursday 14 August 2014

My Fz150i @ Ketam Besi - Servis Kali Ke-3 (Bacaan Odometer 3898 km)




Belum tiba masanya lagi, tapi tak apalah kita awai sikit buang dia punya lendiran. Odometer capai 4000++ sepatutnya baru kena tukar minyak hitam tapi minggu depan manyak bizi. Seblom kebizian memuncak baek hantar Ketam Besi ke spa mutur cepat2. Lebih baik tukar awai daripada terlajak, lagipun ari2 ulang alik sejauh 170++ km.

Kalau dulu guna Motul 3100, kali ini mahu cuba Motul 5100 pula. Tengok machiam mana dia punya reaksi dan prestasi. Mungkin terasa, mungkin juga tidak. Kena cuba dulu baru kita tahu.


Harga satu ketul Motul 5100 10W40, RM42. Tidak pasti laen tempat, ini harga dapat dari Adam Motor, Seksyen 7 Shah Alam. 

Oil filter masih guna yang dulu sebab baru tukar masa mileage 2000 km. Kita kasi selang seli, minyak hitam wajib tukar setiap 2000 km, oil filter pula setiap 4000 km. Tapi ada brader kata, lu guna sampai lunyai pun tada apa, janji mutur jalan hehehehe. 

Den tak berani nak pulun dia punya nasihat, jadi setiap 4000 km den tukar dia punya oil filter. Kira jimat banyaklah berbanding guna kereta untuk ulang alik kerja.

Minyak hitam Motul 5100 baru RM42 (ada yang lagi murah RM18-RM30 bergantung kepada brand), OF baru RM18 seketul. Penjimatan banyak, dulu masa den guna kereta untuk ulang alik kerja, sesak napas duk huluq at least RM300 sekali servis, la ni guna mutur lega rasa hati dan rasa poket.

Pin pin... Kita Rider Tiada Beza

Roger and out.

No comments:

Post a Comment