Monday 7 July 2014

Short Ride | Bukit Beruntung dan Kuala Kubu Baru

Ini cherita Sabtu lepas, buka mata terasa nak ride. Maklumlah sepanjang minggu lepas asyik drive Vios ke opis. Terus sarung riding gear, start engine dan tuju ke Bukit Beruntung. Tujuannya nak singgah kedai servis dan aksesori motosikal MOS Bukit Beruntung, untuk check coolant yang dah sampai ke level low. 

Baru 2 bulan pakai ini motor, mileage baru 2300 km lebih. Takkan coolant dah mengering, ka masa amik motor dulu kedai tak isi penuh? Entahlah, teman bukan check pun level coolant masa amik motor dari kedai dulu.


Memang syiok ride bulan puasa sebab highway pun machiam tak ramai orang kalau Sabtu/Ahad. Moto pun sesekali je melintas, kalau bukan Ramadhan memang bertali arus la pakat ride menuju utara.

Lepas saja tol Bukit Beruntung, berhenti kejap untuk berselfie depan tugu Welkam To Bukit Beruntung. Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh saja. Tak pa, ari ni kita buat untuk kenang kenangan.


Kendian terus gerak ke bengkel MOS. Senang saja nak sampai sini, lepas tol Bukit Beruntung ada simpang tiga traffic light, ambil ke kanan. Jumpa lagi traffic light, pusing kanan lagi menuju deretan bangunan kedai. Tepi jalan pun dah boleh nampak bengkel MOS ni.

Kenapa teman nak datang sini, bagus benor ke servis depa? Entahlah tak dapat den nak jawab kerna ini pestaim den datang sini. Sebelum ini memang dah nampak masa menuju Tesco Bukit Sentosa, itu yang buat terpasang niat nak singgah sini.

Selebihnya memang gedik nak ride saja pun, kalau ikutkan setakat nak check coolant tak payah jauh2 datang ke Bukit Beruntung ni hah. Bengkel dekat2 rumah pun ada. Gian nak sarung riding gear le katakan.


Mekanik pun check FZ den punya coolant....

Mekanik: Ok lagi ni bang, radiator masih penuh dengan coolant
Den: Pelik ni dik, check kat reserve ni tunjuk dah low
Mekanik: Low kat reserve ok bang, jangan dalam radiator kering sudah
Den: Gitu ke?

Ya ka, den ingat kena add kalau dalam reserve dah tunjuk low. Entahlah, den bukan pandai sangat bab moto ni, tunggang ke hulu ke hilir tahulah den.

Mungkin ada baiknya den cari pendapat kedua......

Masa nak balik ke Tg Malim, den tak guna highway dah tapi den nak cuba jalan dalam..... kena lalu Bukit Sentosa dan Rasa.


Masa lalu Bukit Sentosa jumpa satu masjid yang sedang dibina. Kalau dah siap memang chantek ini masjid. Terpikiaq lepas raya cadang nak buat ride dari masjid ke masjid. Maksudnya melawat masjid2 lama dan bersejarah, plan sajalah kalau ada rezeki.

Selepas area Bukit Beruntung memang syiok sebab jalan lengang selengangnya. Kiri kanan penuh dengan semak samun tapi sekali ada jumpa satu kolam ternakan ikan tapi malang tak dibenarkan masuk.



Nak tunjuk kolam ikan sebenaqnya dalam gambaq kat atas tapi lokasi ambil gambaq tak chun. Kolam ikan terlindung oleh semak samun. Diseberang jalan pula ada machiam satu kedai makan, tepinya ada anak sungai. Nak singgah ke tak, hmmmm nak singgah buat apa bukan boleh makan pun. Ekekekekeke, chowwww on the bike again.

Manyak senang dan syiok ini hati, jalan manyak kosong. Hari pun manyak chantek dengan langit membiru. Kalau tak pikiaq haus memang sampai Bukit Fraser nih, hehehehee.


Ride punya ride rupanya jalan ni tembus ke Rasa. Pestaim teman guna ini jalan. Nama saja tinggal di Tg Malim, bukan tahu sangat pun jalan belakang area sekitarnya.

Syioknya bermula dari Rasa, Kalumpang hinggalah ke Tg Malim, kiri kanan  penuh dengan peniaga durian dan buah-buahan. La ni kan musim durian guguq, tapi kesian sebab kebetulan dengan Ramadhan. Jadi biz pekebun durian agak terganggu. Rasanya musim ni durian banyak yang jadi tempoyak. Kalau bukan bulan Ramadhan, banyak saja bikers yang datang ke area sini untuk pekena durian dan pau Yik Mun. 

Tak pa lah, adala rezeki depa tu.....

Nak cherita apa lagi..... tadak apa dah sebab ride pun dekat sangat. Sekadar nak lepaskan gian main clutch dan throttle saja. Oklah geng......

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan.

Pin pin..... Roger and out!!!

4 comments:

  1. ambo tbaca blog demo ni..time2 puah ambo preh skmo moto ambo g kolam air panas,empangn bley2 layan lap n jalan straight haha..ambo g soghe jah sokmo.. bkit fraser jh ambo xpnjat g lagi..xbrani eh nk g soghe huhu..ambo duk kuaters pat kijo ambo..klu rs2 ad nk maghi pulok alah kut ni oyk la cntact kut email ambo xpo..xpon roger no ambo ni 0148180811

    ReplyDelete
    Replies
    1. boh, kawe pun lone ranger klu riding. fraser pun 2x ambo naik solo. bereh, lepas ni ambo roger demo..... buleh ride sekali. kuarters mana?

      Delete