Friday 4 July 2014

Nimota CK9

Nimota - sepanjang hayat, baru dua kali terserempak dengan Nimota CK9. Kali pertama semasa berhenti untuk isi minyak di Shell. Tengah kusyuk dan tawadduk kasi Vios minum FuelSave Unleaded RON95, datang sebiji motor merah parking chantek kat sebelah. 

Mata terus tertumpu, chantek design motor tapi model apa kah ini? Tanpa segan silu (malu bertanya sesat berjalan, in this case bukan berjalan lagi dah, tapi buta nama motor) terus kaki melangkah ke arah motor tersebut, dibelek dan dikelebek.

Nimota rupanya, asyik sangat sampai lupa nak tegur rider pemilik Nimota merah tersebut, alamak sorry der, motor lu chun la der..... hehehehe!!!! 

Balik rumah terus Google cari info pasal Nimota. Nampak tak penangan Nimota CK9. Design dia memang chun wa cakap lu. Unsangkarable juga, dengan design dan saiznya, engine capacity Nimota CK9 cumalah 150 cc. Unsangkarable sungguh, bila dipandang berkali-kali ingatkan motor 250 cc!!!!!

Kali kedua terserempak dengan Nimota CK9 adalah semasa tengah driving on the way ke tempat kerja, juga Nimota kaler merah. Lu memang chun siol!!! Rasa mahu angkut sebijik. Tapi model ini memang jarang-jarang nampaklah di kejiranan den (Tg Malim-Rawang). 

Bila dah jarang2 nampak yang buat teman takut nak ambil risiko, risiko untuk cari alat ganti. Al-maklumlah den hanya pandai bawa motor, bab2 teknikal memang ke laut. Namun kalau dah ada di pasaran, patutnya spare part pun no problem le kan?

Pemilik CK9 kata spare part boleh kacuk. Antaranya, spocket belakang sama dengan Yamaha FZ, spocket depan pula boleh masuk dari Honda NSR 150. Kalau terdesak sangat pun boleh order direct dari kilang di Johor. 

Note: Sila add Jeffrey Loo dalam FB Nimota Group. Beliau orang kanan Nimota, sebarang permasalahan berkaitan Nimota dan spare parts, sila rujuk beliau.

Paling best, engine Nimota khabarnya hasil sentuhan Honda. Teknologi old timer dari Honda (opkoz takkan Honda nak bagi teknologi terbaru kat Nimota ye tak?). Walau teknologi sedikit terbelakang tapi reputasi Honda memang dah terbukti, tengok sahaja kapchai Honda C70 kat kampung2, masih gegeh berbakti.

Kalau ikut komen2 rider pemilik CK9 di MBC, motor ni memang sedap bawak, pick up pun ok. Fuel consumption katanya, full tank boleh pergi sekitar 260 km tapi tak pasti pula selaju mana brader tersebut sebat di highway.



Sumber: Google Image

Nimota CK9R Spesifikasi

Dimension (mm): 2075 x 780 x 1045
Net Weight: 135 kg
Engine: SOHC, Air Cooled, 4 Strokes
Engine Capacity: 150 cc
Starter: Electric/Kick
Front Brake/Rear Brake: Disc/Drum
Front Suspension: Telescopic
Rear Suspension: Mono
Front Tyre: 100/80-17
Rear Tyre: 180/60-17
Tank Capacity: 12 L

Baru-baru ni dah ada Nimota CK9 SE pula. Apa bezanya di antara CK9R dan CK9 SE? Antaranya adalah;

Upside down fork (apa maksudnya, tunggang terbalik?)
Rear disc break (model CK9R, rear disc- drum)
Improve performance (ya ka?)
Michelin tyre
Sporty design sport rim
Sporty colour 'orange'

Kiranya model SE ni machiam model Proton SE jugalah. Improve engine sikit2 tapi kasi chantek dia punya body, tambah aksesori sana sini. Tapi kenapa kaler cuma 'The Orangje', penyokong Belanda ka?

Ini dia rupa paras Nimota CK9 SE.....


Sumber: Google Image

Harga tengok dekat mudah.com bagi model CK9R sekitar RM6000 manakala model SE, sekitar RM6600-6700. Itu harga di mudah.com kalau kedai tak tahulah. Lebih kurang le kot..... kot la!!!

Kira murah jugalah berbanding Yamaha FZ150i. Kalau nak branded boleh lah sambar FZ tapi kalau modal ada kureng, bolehlah pertimbangkan CK9. 

IMHO, untuk jadi rider kepada model seperti Nimota dan jenama2 yang masih baru di pasaran, kita kena rajin berkomuniti. Maksudnya joint kelab, joint FB Group dan sebagainya. Bukan apa, senang dapat info berkaitan masalah motor, alat ganti disamping mengikat ukhuwwah sesama rider. IMHO sajalah.....

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan

Pin-pin..... Roger and out.

4 comments:

  1. Bang. Thu ke kt mne nk cri sparepart?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ustaz, maaf saya tak pasti sekrang sbb dah lama jual. Tapi ustaz boleh cuba di group Nimota kat FB, dulu saya sll dapatkan dari trusted seller kat sana.

      Delete
  2. Salam bro... Saya baru ambik ck9se (baru)bukan2nd, kedai bg % gila.. Dlm 4k jaa...
    1- bro dh jual ck9? Problem kaa?
    2- ada komen yg Saya jumpa, bab wiring... Blh komen sikit..

    Apa2 pun tq atas info...

    Salam...

    ReplyDelete
  3. Mcm mn nak join club nimota

    ReplyDelete