Friday 18 July 2014

MH17 Penerbangan Malaysia Amsterdam Ke Kuala Lumpur Terhempas Di Ukraine - Foto & Video

Pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia. Gambar ini dipercayai dimuatnaik oleh salah seorang penumpang MH17 sejurus sebelum penerbangan.

Laluan penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Tidak banyak pesawat komersial yang melalui ruang udara Ukraine pada masa tersebut kerana diketahui umum wilayah tersebut sedang bergolak. Menurut salah seorang bekas juruterbang MAS, ruang udara tersebut (ground level-32000 kaki) merupakan 'restricted area' tetapi dikatakan MH17 terbang pada ketinggian 33000 kaki.

Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50 tahun, juruterbang pesawat MH17 yang dipercayai terhempas akibat ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia.

Al-Fatihah - dipercayai Facebook milik salah seorang penumpang MH17.

Al-Fatihah - dikatakan dimuatnaik oleh Allahyarham Mohd Ali Mohd Salim, 30 tahun, pelajar PhD jurusan neuropsychology yang sedang dalam perjalanan pulang untuk bercuti selama sebulan di Malaysia. Arwah merupakan pelajar PhD tajaan USM dan KPT.

Amaran oleh ketua pemberontak Ukraine yang pro-Russia, Igor Strelkov.

Pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu darat ke udara, BUK-M1 @ SA-11. 

Serpihan pesawat malang, MH17 milik Penerbangan Malaysia.

Antara mangsa yang terbunuh dalam tragedi tersebut.

Dikhuatiri kesemua 280 penumpang dan 15 anak kapal MH17 terbunuh. Warganegara penumpang secara rasmi masih belum dipastikan. Dipercayai sebahagian besar adalah rakyat negara Belanda yang dalam perjalanan untuk bercuti ke Jakarta/Bali serta sebahagian rakyat Malaysia yang pulang ke tanahair sempena Aildilfitri.

Mangsa sekecil ini ditemui terkorban dengan keadaan masih terikat pada kerusi penumpang.

Jasad insan kecil ini masih utuh, Masha Allah.



Sumber: Google Image dan medialah.com





Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam dan takziah untuk lain-lain mangsa yang bukan beragama Islam.

Jika benar pesawat malang ini ditembak jatuh, pihak yang bertanggungjawab seharusnya dibawa ke muka pengadilan, siasat hingga ke lubang cacing. Namun faktor kejadian di kawasan konflik mungkin menyukarkan siasatan menurut salah seorang bekas penyiasat kemalangan udara NTSB.

Kejadian yang agak malang buat kita semua, Penerbangan Malaysia dan negara kita, Malaysia. Jika 7 Mac yang lalui kita kehilangan pesawat Boeing 777 MH370, kini kita kehilangan pula Boeing 777 MH17.

Wallahuallam - Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui hikmah disebalik kesemua tragedi ini.

No comments:

Post a Comment