Tuesday 24 June 2014

The Aston Hotel Putra Nilai - Pengalaman Penginapan Selama 2 hari 1 Malam - Superior Room

The Aston Hotel
PT 7182, Jalan BBN 1/2E,
Putra Nilai, 71800 Nilai,
Selangor.
Tel: +606-799 8888, Fax: +606-799 8999

Kadar bilik: RM160++ (Bilik superior tanpa voucher sarapan).

Suatu ketika dahulu, The Aston Hotel atau dahulunya lebih dikenali sebagai Allson Klana Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang sering menjadi sebutan ramai lantaran lokasinya yang berdekatan dengan KLIA dan juga Litar Formula 1. Kalau musim F1 memang hotel ini akan dipenuhi oleh para peminat kereta lumba untuk dijadikan tempat penginapan. 

Tapi tahun demi tahun, kegemilangan The Aston Hotel semakin merudum, mungkin juga disebabkan persaingan dengan hotel-hotel lain yang tumbuh bak cendawan di sekitar Nilai dan Sepang. Jika dilihat dengan mata kasar, sememangnya hotel ini sedang meniti usia senja tanpa pemuliharaan yang sewajarnya.

Gerbang masuk ke The Aston juga tidak dipulihara rapi, hanya sekadar batuan putih yang berlumut tanpa sebarang signage berkaitan hotel. Hotel ini juga dikelilingi oleh blok bangunan kedai yang agak usang, menariknya ada banyak rumah-rumah urut dan spa - seorang teman berseloroh "ini mesti ramai China Doll sekitar Nilai Putra".... hehehehehe.

Oklah jom follow ambo meninjau persekitaran hotel...


Perkara pertama dicari kalau sampai dimana-mana hotel adalah signage - baru ada bukti kita telah sampai ke destinasi tersebut. Mana dia ye?


Cari punya cari jumpalah satu - kompem kami pernah sampai ke The Aston Hotel. Tepinya ada kolam kecil untuk memelihara ikan dan kura-kura.


Peminat Chinese Food boleh berkunjung ke Tsui Sien Restaurant, ada tanda HALAL yu-alls.


Opposite dan sekitar hotel adalah deretan kedai-kedai. Ada kedai makan, pharmacy, Bank Islam dan sebagainya.


Kepada penggila kopi, anda boleh menchoba kelazatan kopi berherba di Thoyyib Cafe. Thoyyib Cafe letaknya di deretan kedai opposite kepada The Aston Nilai.


Jaguhnya sudah tentulah spa dan rumah urut - sekurang-kurangnya ada 4 buah yang sempat saya nampak - sempat nampak je lah tapi tak sempat singgah - hehehehe!!!

Cukup-cukuplah berkeliaran di sekitar hotel, jom kita jengah masuk ke dalam hotel dulu. Kat luar panas terik, lega bila dapat rasa aircond bila jejak kaki ke reception.


Reception area memang kechik la. Urusan check-in binik dah uruskan awal-awal, jadi tak tahu machiam mana dia punya servis, cepat ke lambat tapi rasanya ok kot.


Ruang legar untuk lepak-lepak. Sebelah kanan adalah laluan ke coffee house - tak merasa sebab ambil voucher penginapan tanpa sarapan.

Kalau anda menginap di Tingkat 1, cabaran pertama yang anda hadapi adalah untuk menekan butang ke Tingkat 1. Kutekan-tekan tak dapat, kutekan-tekan pun tak dapat, terus kutekan-tekan sampai dapat - kata-kata seorang kenalan yang  berasal dari Kota Kinabalu, Sabah hehehehehe!!!!

Lupa nak habaq juga, ground floor nampak ok lagi tapi terbuka saja lif di tingkat 1, barulah nampak rupa sebenar The Aston. Memang usang sungguh, kalau manusia dah capai umur rumah kata pergi kubuq kata mari (melampau sungguh perumpamaan!!!).

Ini bukti-buktinya.....


Bila lif terbuka cuba anda tunduk ke bawah merenung lantai/karpet.


Kalau ditampal dan dicat balik elok2 kan  ke bagus.


Bukti The Aston dahulunya dikenali sebagai Allson Klana.

Itu kat luar bilik, dalam bilik pula machiam mana? Jom kita terjah!!!! Ini bilik superior, bilik-bilik lain mungkin lebih kurang je kot kondisinya.


Untuk capture gambor ini ambo kena berdiri betul-betul depan pintu masuk. Leh imagine la betapa kechik dia punya saiz.


Pada sudut yang berbeza. TV pun masih model Panasonic lama, screen tebal setengah depa, hehehehe!!!!~!


Satu bilik dah terkopak dia punya penyendal, satu lagi masih ok. Bila nak pasang baru Mr Manager?


Nak bancuh kopi/teh boleh, nak pekena skyjuice pun boleh!!!


Masihkah anda ingat, dulu-dulu peti sejuk disetiap bilik hotel akan diisi dengan minuman kotak, minuman tin dan juga minuman keras. Bila check-out kita kena declare dengan receptionist sama ada guna atau tidak minuman tersebut. Siap petugas housekeeping naik check kat bilik, dah clear semua baru kita boleh check-out.

Tandas pula bagaimana? Che Det kata tandaslah kriteria utama dalam menentukan sesuatu tempat itu betul-betul bersih atau tidak.


Tepi-tepi sinki dan lantai ada tanda hitam, mungkin juga lumut yang tidak dibersihkan. Lain-lain kira ok lah.

Kiranya The Aston memang perlu pemuliharaan yang agak major jika mahu kembali ke zaman kegemilangannya. Bilik-bilik memang agak bersih tetapi perabotnya memang perlu dinaiktaraf. Wardrobe pun jenis yang tak ada pintu, dibiar ternganga. Pada hemat ambo yang tak cerewet mana, kira oklah The Aston.

Tapi tak kalau nak datang balik, tak ada rasa la pulak. Anak-anak pun tak berapa happy tinggal sini sebab tiada kolam renang dan apa-apa aktiviti untuk anak-anak kecil.

Rasanya hotel ini lebih layak dikategorikan sebagai hotel persinggahan pengembara dan bukannya untuk percutian. Tapi yang bagusnya, kadar untuk menganjurkan konferensi di The Aston memang cukup murah.

Bayangkan dengan harga dibawah RM200 untuk setiap individu, ianya telah merangkumi kegunaan dewan persidangan, makan minum sepanjang konferensi berlangsung dan juga penginapan. Jadi memang banyak agensi kerajaan yang sering menjadikan The Aston sebagai tempat berlangsungnya konferensi, seminar dan juga mesyuarat. Hotel lain mana nak bagi kadar yang sebegitu murah.

Lain-lain anda patut tahu - senang nak cari tempat makan2 sebab ada banyak restoren, kedai tomyam dan kopitiam di kawasan sekitar.

Review ini semua sekadar pengalaman peribadi owner blog DSKB. Mungkin anda ada pengalaman yang tersendiri, jom kita kongsi2.

Sekian dulu buat masa ini.

Roger and out.

1 comment:

  1. Saya pergi ke nilai pada tahun 2018.. Hampir setiap hari saya lalu depan hotel tu.. kadang tengok sunyi.. kadang tengok ramai org.. lampu memang sentiasa menyala.. tapi.. satu hari tu.. saya start mengajar mengaji kat area perumahan di situ.. saya tanya pakcik tu.. kenapa gelap sangat hotel tu.. selalu ramai.. Pakcik tu cakap.. saya merepek apa ni.. hotel tu dah 3 tahun tak beroperasi.. terkejut jugak.. sebab baru dua hari lepas saya tengok macam ada event kat situ..

    ReplyDelete