Monday 5 May 2014

Selamat Tinggal Maxis Broadband

Tiba masanya kami sekeluarga berpisah dengan Maxis Broadband. Bukan sesaja nak berpatah arang tapi signal Maxis dibelakang rumah kami memang hampeh. Kejap ada kejap tak ada, tapi biasanya memang memanjang tak ada.

Lagi hampeh tak boleh terminate on the spot, kena tunggu at least 2 bulan lepas reg. Nak makin hampeh, kena pergi Maxis Centre, agent-agent PPRT Maxis tak boleh buat apa kalau nak terminate service.

Jadi ke Mutiara Damansara lah kami semata-mata nak terminate service Maxis Broadband. Perabihkan petrol dan duit tol sungguh!!!!

Parking kereta di The Curve.


Maxis Centre di eCurve Mall, bersebelahan je pun.


Masuk main entrance eCurve, kemudian ke kiri jumpalah Maxis Centre.

Setia menunggu, 4004, ada 2 customer lagi di hadapan ambo.

Customer tak ramai tapi agak lama menunggu kerana hanya satu kaunter dibuka untuk bayaran bil dan urusan penamatan perkhidmatan.

Prosedure nak tamatkan perkhidmatan mudah saja, selesaikan segala bayaran tertunggak, serahkan IC untuk semakan dan tandatangan borang permohonan. 

Mudahkan, cuma yang lecehnya kena menapak ke Maxis Centre. Kalau dekat dengan rumah tak apalah, kalau jauh? Sepatutnya agent-agent PPRT Maxis pun dibenarkan membuat urusan penamatan perkhidmatan. Register boleh, takkan unregister tak boleh!!!!

Bye-bye Maxis.

Roger and out.

No comments:

Post a Comment