Friday 23 May 2014

BSN Prudential - Pentingnya Memiliki Perlindungan Insurans

Insurans - masih terngiang-ngiang lagi di telinga ambo pasal tanggapan masyarakat Melayu sekitar 80an berkaitan insurans nyawa - ianya haram dan salah disisi agama Islam. Pada masa itu amat kurang sekali orang Melayu yang berminat dengan skim perlindungan insurans.

Sehinggalah kerajaan dan syarikat insurans merevolusikan konsep insurans nyawa kepada sistem Takaful, barulah sedikit demi sedikit orientasi masyarakat Melayu beragama Islam kepada skim insurans beralih arah. Kini semakin ramai orang kita (walau secara relatifnya masih rendah) yang sedar akan kepentingan perlunya memiliki perlindungan insurans atau pada pandangan peribadi ambo, memang wajib perlindungan insurans kita miliki.

Terdapat pelbagai syarikat insurans di negara kita yang menawarkan skim perlindungan insurans kesihatan, perubatan, simpanan dan sebagainya. Antara nama yang gah di persada negara antaranya Etiqa Takaful, Great Eastern, BSN Prudential dan sebagainya. 

Secara amnya mana-mana syarikat insurans sememangnya menawarkan skim perlindungan yang bagus, kalau tidak bagus masakan mereka masih mampu bersaing dalam industri ini. Cuma kita sebagai pengguna kena bijak memilih skim dan syarikat insurans yang terbaik bergantung kepada keperluan diri masing-masing.

Secara amnya, syarikat yang menawarkan perlindungan tahunan yang tinggi selain daripada perlindungan keseluruhan tentulah lagi bagus dari skim perlindungan tahunan yang rendah. Contohnya Syarikat A akan memberi perlindungan RM60k setahun manakala Syarikat B, RM100k setahun. Sudah tentulah Syarikat B yang lagi baik untuk dipilih. Tapi lain-lain kriteria perlu diambil kira juga seperti medical card, kadar elaun wad jika mendapat rawatan di hospital swasta, penyakit dan musibah yang dilindungi di bawah polisi syarikat dan sebagainya. 

Dapatkan sebanyak mungkin maklumat dari ejen insurans tapi jangan bergantung sepenuhnya kepada mereka. Ingat, mereka juga 'peniaga' yang mahu buat 'sale'. Jadi biasanya benda positif sahaja yang dijaja asalkan boleh buat sale, pendek kata produk dia sahajalah yang hebat dan terbaik. Jarang sekali, malah tak pernah pun ambo jumpa ejen insurans yang berterus terang menyatakan kelemahan dan kekurangan skim yang syarikat mereka tawarkan. Business is business beb!!!

Jadi ada baiknya anda buat cross-check dahulu, bandingkan brochure dari perlbagai syarikat insurans, teliti dan study betul-betul. Boleh juga rujuk pengalaman orang lain melalui blog ataupun forum - dunia global kini memungkinkan maklumat di hujung jari, hanya klik sahaja Inshaa Allah akan membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat pilihan terbaik.

Pengalaman peribadi ambo, BSN Prudential dan Great Eastern kini menawarkan skim perlindungan insurans antara yang terbaik di pasaran. Sebagai pemegang polisi kepada BSN Prudential, ambo sekeluarga amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Malahan baru-baru ini, ambo sekeluarga telah mendapat faedah dari skim perlindungan insurans yang BSN Prudential tawarkan, bilamana anak ambo mengalami patah tulang setelah terjatuh di sekolah.

Kos pembedahan dan rawatan di KPJ Selangor berjumlah kira-kira RM10k ditanggung sepenuhnya oleh BSN Prudential. Bayangkan jika tidak memiliki mana-mana skim perlindungan insurans, mana mungkin pekerja berpangkat rendah seperti ambo mampu untuk menampung kos perubatan tersebut.

Mungkin ada yang akan kata, hospital kerajaan kan ada, murah pun murah. Betul, memang tepat sekali kata-kata itu der. Sememangnya ambo tak pernah ragui kemampuan pegawai perubatan dan khidmat hospital kerajaan. Malahan ambo cukup salute dengan dedikasi mereka kerana pernah di rawat dengan baik di Hospital Kajang, Hospital Dungun dan Pusat Perubatan Universiti Malaya di antaranya.

Masa anak ambo kemalangan itu pun ambo hantar ke hospital kerajaan juga, Hospital Slim River. Memang bagus layanan dan khidmat yang diberikan. Cuma malangnya kemalangan tersebut berlaku pada hari Sabtu, dan pakar yang akan menjalankan pembedahan untuk memperbetulkan tulangnya yang patah hanya available on Tuesday. Bayangkan anak ambo kena menunggu sehingga 3 hari baru dapat dibedah, bukan salah hospital kerajaan tapi itulah hakikatnya - kekurangan pakar dan ada prosedur yang perlu dipatuhi. 

Pada hari yang sama, ambo rujuk anak ambo ke KPJ Selangor, masa tu dah hampir tengah malam. Alhamdulillah esoknya terus doktor pakar datang dan jalankan pembedahan. By Tuesday di mana sepatutnya anak ambo jalani pembedahan di hospital kerajaan, dia dah dapat keluar dari wad di KPJ Selangor.

Masa itulah terasa betapa nikmat dan klimaknya memiliki skim perlindungan insurans..... hehehehe!!!! 

Apa sebenarnya yang menghalang kebanyakkan daripada kita dari memiliki skim perlindungan insurans?

Kekangan kewangan..... yeap ramai yang mengeluh kerana merasa tidak mampu dan belum bersedia untuk menepikan sedikit ringgit sebagai bayaran premium insurans.

Kenapa begitu?

Sebabnya kita melihat dan meletakkan bayaran premium insurans dikedudukkan terakhir dalam senarai perbelanjaan bulanan. Carta teratas perbelanjaan bulanan sudah tentulah ansuran rumah, ansuran kereta, belanja parents dan itu ini sehingga saving dan insurans adalah yang paling last. 

Apa kata kita ubah senario tersebut. Mulai bulan hadapan, letakkan premium insurans dikedudukkan antara yang teratas carta perbelanjaan bulanan. Insyaa Allah anda akan nampak peluang dan keupayaan diri untuk membelanjakan sedikit wang saku anda bagi tujuan skim perlindungan insurans.

Sekian dulu buat kali ini, ada masa kita sembang lagi pasal skim perlindungan insurans.

Roger and out.    

No comments:

Post a Comment