Monday 7 April 2014

Flight Attendant Royal Brunei Airlines

Kredit: BrotherSam blogspot & Cari Forum.


Siapa pernah menggunakan perkhidmatan Royal Brunei Airlines? Sila hangkat kaki tinggi-tinggi....... hehehehehe.

Ambo pun tak pernah, walau ada rasa mau menchoba, malahan teringin juga untuk melancong ke Brunei, Inshaa Allah jika ada rezeki.

Opppssssss....... kenapa tetiba tersembang pasal Royal Brunei Airlines?

Ambo terbaca di Forum Cari tadi, khabarnya pramugari Royal Brunei Airlines akan mengguna pakai uniform baru yang lebih menutup aurat seperti gambar di atas.

Ini bersesuaian dengan bermulanya perlaksanaan hukum hudud di Negara Brunei Darussalam bermula April 2014. Alhamdulillah.....

Sumber: Online

Perubahan yang bagus, tapi seperti biasa sebarang perubahan pasti mengundang komentar yang bukan saja menyokong, malahan yang sedikit sinis juga. Ada yang kata belum cukup Islamik lah, belum tutup dada sepenuhnyalah, kulit lengan masih nampak dan sebagainya.

Biasalah kita semua manusia, pasti ada kekurangan. Tapi perubahan ke arah yang lebih baik telah Royal Brunei Airlines laksanakan. Pelan-pelan kayuh orang kata.

Agak-agak Penerbangan Malaysia dan AirAsia akan menyusul tak?

Roger & out.

No comments:

Post a Comment