Monday 3 March 2014

Usik Mengusik Pengantin Baru, Mashitah & Nazib..... Semoga Berkekalan Hingga Ke Pintu Syurga

Jalak ke laut menjala udang,
Suri di rumah memasang pelita,
Mempelai ditunggu sudah pun datang,
Raja sehari sudah pun tiba.

Gemalai kuntum melentuk di ranting,
Tempua bicara irama syahdu,
Mempelai tersenyum duduk bersanding,
Mertua gembira terima menantu.

Kuntum relai tumbuh di mana,
Gaya tempua menyapa bayu,
Senyum mempelai penuh bermakna,
Rahsia berdua siapa yang tahu.

Atas pelamin diam membisu,
Dua pengantin nampak sepadan,
Usah bertindak mengikut nafsu,
Kelak menyesal merananya badan.

Mawar merah harum mewangi,
Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringi,
Agar sepakat suami isteri.

Berdua sepakat mencari renda,
Terjumpa satu di Inderagiri,
Doa tulus kami semua,
Agar masjid kekal berdiri.


Disclaimer: Dipetik dari sumber online


Berpantun kitak..... minggu ini minggu makan nasi minyak. Hujung minggu yang sudah kami sekeluarga menghadiri masjlis perkahwinan salah seorang teman rapat sewaktu masih belajar di obersea dulu. Manakala hujung minggu ini giliran adik ipar pula menamatkan zaman bujang.

Okies..... Kita sembang pasal majlis teman kami dulu ye. Next entry berkaitan majlis perkahwinan adik ipar pula.

Pasangan mempelai memilih untuk mengadakan majlis pernikahan pada hari Jumaat di Masjid Seri Petaling kalau tidak silap manakala majlis resepsi pula di Pusat Komuniti Seri Petaling. 

Disebabkan kami bukanlah arif benor selok belok jalan KL hatta sipi-sipi KL (dalam pusat bandar memang buta jalan habesss!!!) pun, cuma ingat-ingat lupa Seri Petaling ni letaknya di tepi highway Kesas menuju MRR2, jadi kami keluar rumah agak awal..... supaya tidak lambat ke majlis dan agar sempat melencong ke Puchong atas niat tertentu.

Berkat pengantin baru agaknya, ngam-ngam kami sampai Pusat Komuniti Seri Petaling jam 12 tengah hari, majlis baru bermula. Pengantin pun masih disolek agaknya, mengikut ibu mempelai jam 1 baru mempelai datang. Shantek sangat dah tu, sempat kami makan-makan appetizer dahulu iaitu ais chendol. Curlass wei, tengah hari rembang dengan cuaca panas sekarang ini, air cendol memang jadi rebutan. Shedap tapi tak puas hati sebab pak cik yang jaga kaunter cendol letak sikit sangat cendolnya, yang banyak ais..... hahahaha!!!

Ingat asalnya nak tunggu mempelai sampai baru kami makan, tapi perut tidak tahan lhor!!! Minta diisi, lagi pun Si Labui yang ada sama pun dah merengek-rengek minta nasik.... hehehe. Apa lagi, terus serbu buka periuk, bila terbuka dia punya aroma memang chun!!!

Catering yang supply hidangan memang superb..... Mahsuri Catering kalau tak silap namanya. Makanan yang disediakan memang sedap, ada daging masak hitam, ayam goreng, kambing masak kari, kuzi dan pechal. Menu biasa je kan tapi bila masuk ke mulut, phewwwww punya la sedap. Kalau tak malu memang minta tapaw balik rumah..... hahahaha!!!

Bila shedap makan mesti bertambah, Si Labui apatah lagi. Masa nak balik pun ajak makan sekali lagi. Hehehehe..... dah la tu nak, jangan nak malukan bapaq hang ni, hehehehe. Tapi serious, makanan memang shedap menjilat kaki.

Nak dijadikan rezeki juga dapat berjumpa dengan rakan lama masa menuntut di obersea dulu, Aishah dan Hamdan serta anak-anak. Kami antara tetamu yang terawal tiba. Rakan-rakan yang lain mungkin petang baru datang jadi tiada rezeki untuk kami ketemu bertanya berita.

Sembang je tak best jugak kan, kita share piccas sikit.....

Siap pasang bunga manggar. Kalau bukan kerana ini bunga manggar memang kami akan terlajak ke Endah Parade.

Lokasi yang menjadi pilihan mempelai untuk mengabadikan antara hari terindah dalam hidup mereka. Dah machiam muzium la pulak..... hehehe.

Tema white and purple. Meja VIP masih kosong, mempelai pun masa ni masih sibuk disolek oleh mak andam.

Meja masih banyak yang kosong, tuan rumah baru buka pintu kami sudah serbu. Hehehehe, jadi tetamu terawal ni best, tak perlu tercari-cari tempat duduk untuk makan. Berbaju biru berkopiah putih dalam picca di atas adalah bapa pengantin, serta rakan-rakan beliau jemaah Tabligh.

Duduk-duduk saja apa barang, baik pekena ais cendol, memang curlasss shedap tapi cendolnya sikit sangatlah pak chik!!!!!


Masing-masing teruja dengan ais cendol dan gulai kenduri yang sedap banget. Sesi sembang raban terpaksa terhenti sekejap sebab masing-masing konsentrate nak suap nasik. Si Labui dua kali minta tambah nasik sebab lapor sangat dah katanya. Bak kata di awal tadi, makanan memang shedap sampai tanpa segan silu kami makan bertambah. Nak tapaw je segan nak bagi taw tuan rumah, hahahaha buruk pangai!!!!!

Malu-maluan mau minta tambah nasik.... LoL

Sampai ari ni dok teringat, sapa la dia punya chef?

Ini untuk first round, masuk round ke tiga dah rasa machiam malu-malu kucheng... meowwwwwww!!!

Tengah sedap melantak buat round ke dua sekali ada bunyi pung pang pung pang...... mempelai sudah tiba rupanya, sedondon berbaju purple. Tersimpul kejung malu-malu kuchiang masuk ke dewan. Kami para pengantin lama pakat-pakat berdiri kat tepi red carpet untuk menghormati mempelai, juga nak senang kenyit-kenyit mata!!!!

Echechecheche..... senyum simpul nampak. Senyum ada makna tu!!!

Pemalu sungguh pengantin lelaki nak pandang kamera!!!

Terpaksa adik ipar jadi back-up dancer!!!

Mempelai dan tetamu dihiburkan oleh anak-anak dari..... lupa dari mana suda!!!!

Makan sudah, kenyit mata dengan pengantin pun sudah..... sampai masa untuk kami berinut sebab rasanya lama sangat dah kami bertapa kat Pusat Komuniti Seri Petaling. Orang lain come and goes tapi kami tak juga keluaq-keluaq.

Hai-hai bai-bai dengan pengantin, salam-salaman dengan mak bapak pengantin, kami beransur meninggalkan majlis yang cukup bermakna bukan sahaja kepada pengantin tapi juga para tetamu.

Sebelum balik dapat door gift, ekcelli dapat dua sebab tadi masa keluar kejap dah kena bagi. Bila officially nak balik pun dapat sekali lagi, mintak halal noooooo!!!!. Ada gula-gula, M&M dan tasbih. Tasbih dah selamat kena gantung dalam kereta, kaler putih satu kaler biru gelap satu, TQ tuan rumah.

Sebagai pengakhir kata, serangkap pantun untuk pengantin lama;

Burung penguin leka menyanyi,
Suaranya serak tertelan gelama, 
Pengantin baru kentut tak ada bunyi,
Pengantin lama kentut bergema.

Keh..... keh...... keh..... sekian.

No comments:

Post a Comment