Tuesday 25 March 2014

Takdir MH370.....

Setelah 17 hari kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing, berita terkini mengesahkan pesawat malang tersebut terhempas di Lautan Hindi, barat daya Perth.

Isyarat 'ping' dianalisa oleh satelit Inmarsat milik Britain menggunakan alat pengesan gelombang kurun ke-19 menunjukkan destinasi akhir MH370 adalah ditengah-tengah Lautan Hindi. Dipercayai semua penumpang dan anak kapal telah terkorban.

Berita terkini ini semestinya cukup menyayat hati terutamanya kepada keluarga mangsa. Tapi sekurang-kurangnya dengan terungkainya misteri kehilangan MH370 ini, dapat memberi sedikit kelegaan kepada semua akan takdir sebenar MH370.

Cuma yang masih kekal menjadi tanda tanya adalah, apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat sehingga membawanya jauh ke Lautan Hindi?

Semuanya bakal terjawab, Inshaa Allah jika kotak hitam berjaya ditemui. Paling utama, nama baik juruterbang MH370 dapat dibersihkan dari sebarang palitan akibat tragedi malang ini.

Inshaa Allah.

Moga roh yang terlibat dicucuri rahmat oleh-Nya.

Amin.


No comments:

Post a Comment