Monday 10 March 2014

Hotel Yaho Kota Kinabalu, Sabah

Kali ini kami ke Kota Kinabalu tapi tak bermalam di mana-mana hotel sebab tidur saja di rumah lama milik mertua. Tapi kami berpeluang untuk meninjau-ninjau bilik di Hotel Yaho sebab mempelai (adik ipar) ada booking 2 bilik superior untuk urusan andam-mengandam dan mungkin juga untuk urusan ehem-ehem..... hehehehe.

Okied..... kalau diikutkan lokasi, memang tak jauh dari Masjid Negeri, dan juga pusat bandar kalau anda memiliki kenderaan sendiri. 

Bilik memang ok, bersih dan selesa. Parking kenderaan pun agak luas dan selamat berpagar, Inshaa Allah.

Kadar semalaman sekitar RM100, memang berpatutan sangat dah. Ini kita tengok piccas ye untuk bagi lagi jelas gambaran Hotel Yahoo.....

Pandangan luar Hotel Yaho, ruang parking pun agak luas.

Melangkah ke ruang lobi.

Ketuk pintu kuk3! Ada siapa di dalam? Kami di luar!!!

Superior room, nampak selesa kan?

Kusyuk baca update berkaitan MH370.

Bilik ayaq bersih dan menepati piawaian.

Comel je cara syampoo dan sabun dibungkus.

Ahli keluarga yang sabar menanti mempelai siap di'make-over'kan oleh mak andam.

Kalau sesiapa berminat untuk bermalam di Hotel Yaho bolehlah hubungi mereka untuk tempahan;

Hotel Yaho
No.1 Lorong 14 
Jalan Kampung Sembulan,
88100 Kota Kinabalu, Sabah.
Phone: +6088-221669, Fax: +6088-272371
Email: hotelyaho@gmail.com
Website: hotelyaho.com
FBPage: Hotel Yaho

Masa lepak-lepak di Hotel Yaho jugalah kami mendapat berita gempar akan kehilangan pesawat MH370. Ya Allah lindungilah krew dan penumpang pesawat tersebut, kami juga redho dengan ketentuan Mu. 

Amin.

No comments:

Post a Comment