Thursday 12 December 2013

TOYOTA VIOS : Brader... Lu Tinted Vios Gua, Baru 3 Bulan Sudah Rosak... Kasi Tukar Baru Punya!!!

As-Salam & Selamat Sejahtera readers DSKB semua...

Semalam rakyat jelata yang mencari rezeki di bumi Selangor Darul Ehsan dapat cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Boleh lepak-lepak di rumah sambil layan Asteruk yang asyik-asyik dok ulang cerita sama. Kalau rajin boleh jalan-jalan cuci mata dan cuci poket... hehehe.

Ambo... nak jalan-jalan memang tak boleh sebab HM cari nafkah di negeri naungan Sultan Perak... memang kene kerja. Nak layan Asteruk... puihhhhh!!! Naik nyampah... asyik-asyik cerita sama dok diulang tayang.

Nak tidur... tak kan dari pagi ke petang nak membuta. 

Jadi ambo start kereta... hala ke Rawang. Tujuannya nak ke kedai aksesori kereta Brothers untuk baiki tinted bahagian cermin sebelah pemandu.

Ambo baru tinted 3 bulan lepas... tapi dah ada bahagian mula terkopek. Ini kes workmanship tak berapa nak bagus... bukan semua bahagian cuma pada cermin sebelah pemandu sahaja. 

Mulanya ambo buat-buat tak kisah... tapi banyak kali masa drive, mata ambo asyik terpandang pada bahagian yang terkopek. Tak boleh jadi ni... nak focus memandu pun tak boleh. 

Niat dah lama nak hantar baiki... sementara masih dalam warranty tapi tak ada masa senang. Sehinggalah semalam, cuti umum sempena keputeraan Sultan Selangor.

Apek2 Brother mula selongkar Vios ambo. 

Masa sampai nasib baik tak ramai customer... ada satu kereta sahaja sebelum ambo. Ngam-ngam ambo reg nama untuk baiki dan serahkan resit plus warranty card, datang berduyun-duyun kereta untuk tinted. Kalau ambo lewat seminit kompem menunggu lama untuk kereta siap.

Sudah kasi cuci tinted lama, lepas ni masuk tinted baru. Kali ini nampak workmanship ok... agaknya bergantung kepada team yang kerja. Nasib baik dapat team bagus, nasib malang macam ambo la jawabnya.

Vios ambo guna tinted biasa saja... VKool dengan kadar penembusan cahaya 30 percent... harga dalam 200 lebih. Campur tinted cermin depan dengan VKool platinum clear, total jadi 400 lebih. Ada warranty 3 tahun dari Brothers tapi siap cop pada resit 'NO JPJ Warranty'.... hehehe.

Disebabkan masih dalam warranty, kos penukaran dan workmanship adalah percuma, FOC. Jadi, dinasihatkan anda simpan baik-baik resit dan warranty card.  

Dinasihatkan juga, kalau rasa tak puas hati... jangan malu-malu untuk minta gantirugi dan claimed warranty. Kebanyakkan daripada kita, kalau sikit-sikit memang rasa macam malas nak claim. Tapi ambo cuba sematkan dalam kepala, tak puas hati walau sikit pun terus minta tukar baru... itu hak kita sebagai pengguna kan?

Masa balik dari Brothers Rawang semalam, ada road block... nervous ambo. Dah la ada 11 saman tertunggak, cermin Vios tinted tak ikut peraturan JPJ. 

Kereta depan lepas, ngam-ngam ambo lalu ada polis trafik tiba-tiba tercegat tengah jalan sambil buat muka serius... memang serius sungguh. Nak turunkan cermin... rosak pula nanti sebab baru tinted

Tawakkal sajalah... Alhamdulillah nasib baik, rupanya dia target Honda belakang ambo... ini mesti kes memotong di lokasi double line... hehehe.

Ok lah... ingat lepas ni nak pergi semak dan bayar saman... hehehe.

Sekian.

No comments:

Post a Comment