Sunday 19 May 2013

New Monster On The Road - Model baru Proton, Perodua, Naza, Ford atau apa?

Monster!!!!! 

Ngeri bunyinya.... padahal comel saja benda yang ambo nampak di Plus Highway semalam.

Kereta projek.... atau dengan kata lain sebuah model baru yang sedang dipandu uji sebelum memasuki pasaran tempatan, kalau tak silap ambo yang tak berapa arif dengan dunia permotoran inilah.

Ambo cuba kenalpasti model atau pengeluar kereta tersebut malangnya semua identiti telah dihapuskan.... nak bagi surprise agaknya.....

Cuba anda perhatikan.....




Dari pandangan sisi pula.....



Dah macam kena salut buih dah jadinya.....

Pada pandangan mata kasar ambo, ini model hatchback 5 pintu.... ada iras2 produk Ford tapi boleh jadi juga produk pengeluar yang lain.... kita tunggu sajalah kemunculannya dengan rupa paras yang sebenar.

Senyum kambeng saja pemandu di dalamnya sebab jadi perhatian.... bukan ambo saja selow de mollow sebab nak ambil gambar.... pemandu lain pun sama.... glemer ko, tapi tak sempat nak snap muka pemandunya yang dok sengih manjang.... kalau tak lagi glemer ko, muka dapat masuk blog Diari Si Ketam Batu....

Readers.... ada sesiapa yang tahu pasal model terbaru ini?

No comments:

Post a Comment