Friday 17 May 2013

Fakta ayam - Ayam kampung atau ayam hibrid?

Sumber: Utusan Online

Anda peminat ayam..... ayam tempatan atau ayam import?

Ambo nak bercerita pasal ayam ari ni sebab tadi terbaca bahagian Agro dalam Utusan Online.... ada fakta yang menyatakan bahawa ayam kampung yang membanjiri pasaran tempatan kita bukanlah baka ayam kampung yang tulen tapi sudah bercampur dengan genetik baka2 ayam dari luar negara - dalam erti kata lain dah jadi ayam hibrid....

Ingatkan enjin Camry & Honda saja telah dihibridkan.... ayam kampung kat Msia ni pun dah canggih manggih kena hibrid. Punca ayam2 kampung yang shomel ini dihibridkan adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi - sebab ayam hibrid lebih cepat membesar manakala ayam kampung asli lambat matang untuk dipasarkan....

Patutlah bila ambo makan ayam kampung goreng kat satu restoran di Shah Alam.... rasa daging ayam kampungnya gebu bukan main.... agaknya itulah ayam hibrid..... ayam kampung asli dikahwenkan dengan ayam warna-warni jadilah ayam hibrid, rupa dan warna bulu macam ayam kampung tapi badan berisi seperti mana ayam daging.

Bila dibandingkan dengan ayam kampung yang dibela kat kampung ambo.... bila digoreng atau dibuat gulai, dagingnya liat bukan main...

Bagaimana mahu kenal yang mana satu ayam kampung asli dan yang mana pula ayam hibrid?

Mengikut fakta pakar.... selain dari badan yang ramping tapi tegap, keting kaki ayam kampung asli tidak khusus warnanya bermaksud warnanya tidak sekata..... selain daripada itu balung ayam kampung asli juga tidak sekata bentuknya (yang ni ambo tak berapa faham apa maksudnya balung tak sekata).

Ini pun ayam juga.... ayam import dari Vietnam, China & Thailand!!!!!

Dikatakan juga (mengikut artikel tersebut) genetik ayam2 hutan di lokasi tertentu di negara kita ini juga mungkin turut tercemar sejak zaman komunis lagi..... sebabnya komunis bawa ayam kampung masuk hutan dan dikahwenkan dengan ayam hutan asli..... fakta @ auta?

No comments:

Post a Comment