Sunday 13 January 2013

Percutian Ke Melaka

Cuti2 ke Melaker... bukan bercuti pun sebenarnya, lebih kepada melawat abang saya sekeluarga yang secara kebetulan sedang bercuti di Melaka, sejurus tamat kejohanan sukan yang pasukannya sertai. Kami husband and wife (tanpa anak2) tak lama mana pun ke Melaka, sekadar semalaman sahaja kerana keesokkan harinya kami kena bertolak ke Kota Kinabalu... untuk cuti2 Sabeh puler...... nak jemput anak2 balik ke Semenanjung lebih tepat lagi.

Sehari sebelum bertolak ke Melaka, dah tempah hotel siap2, Hotel Rembia di Alor Gajah. Dapat rate RM128/nett untuk bilik standard with twin single bed. Biasanya harga cuma dalam RM80++ tapi kena surcharge sempena cuti sekolah. We talked about Rembia Hotel later k....

Kami bertolak dari Cape Malim lambat juga, menjelang tengah hari jugalah. Nak kemas rumahlah, itu inilah.... sebab lepas ini kami akan terus ke Kota Kinabalu selama seminggu. Dari Cape Malim kami mengggunakan PLUS Highway menuju selatan, hati agak lega kerana jalan kelihatan lengang. Lancar dan mulus perjalanan kami, kemudian susur pula ke Lebuhraya Guthrie menuju Shah Alam dan masuk ke Lebuhraya PLUS Lingkaran Tengah sebelum Seksyen 13.

Perjalanan lancar makin lama makin tersangkut-sangkut sebaik sahaja melepasi R&R Dengkil. Jalan mulai sesak, tiba2 jalan raya dipenuhi kenderaan yang entah dari mana. Pemanduan pun  tidak melebihi 40 km/h.... hati lega mula ragu2, sebab dah janji nak check-in jam 2 petang. Lambat sampai nanti takut bilik kena let go sebab tempah bilik tanpa deposit. Melepasi sahaja susur ke KLIA, ambil keputusan untuk hubungi pihak Rembia Hotel untuk memaklumkan yang kami mungkin hanya sampai jam 5 petang.

Kesesakkan di lebuhraya berpanjangan sehinggalah melepasi Seremban di mana pemanduan kembali lancar. Agaknya ramai yang menuju Seremban atau Port Dickson untuk bercuti. Kami keluar dari PLUS Highway menuju Rembia Hotel melalui susur Alor Gajah. 


Hampir jam 4 kami selamat tiba di Rembia Hotel Melaka. Tak susah untuk cari lokasi lebih lagi dengan bantuan GPS PapaGo.... terletak di kawasan perumahan tapi mengadap jalan utama. Urusan daftar masuk tidak lama kerana pihak hotel memang telah menjangka ketibaan kami....



Hotel Rembia... penginapan kami untuk semalaman di Melaka


Cadangan asal nak rehat ataupun jalan2 sekitar pantai.... tapi my bro tepon ajak lepak2 kat Mini Malaysia. So off we go sejurus simpan barang2 kat bilik. 

Jum kita ke Mini Malaysia, ceritanya sila klik sini.

No comments:

Post a Comment