Tuesday 29 January 2013

Bukit Merah Laketown Resort Day 1 ~ Suria Apartment Hotel

Keseronokkan mula terpancar di wajah Si Sulung (MHD) dan Si Bongsu (QM) bila Vios memasuki persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. Suasana yang segar dan mendamaikan menyambut kehadiran kami. Bayu sepoi2 bahasa menampar mesra pipi gebu MHD dan QM... hehehe... suka betul budak 2 ekor ni menjengukkan kepala ke luar tingkap kereta.

Kami daftar masuk di Suria Apartment Hotel Bukit Merah. Saya tempah apartment dua bilik melalui Agoda dengan harga RM300 semalaman dengan sarapan untuk 4 orang. Lokasinya kira-kira 5 minit pemanduan dari Bukit Merah Waterpark, tidak jauh. Kalau pengunjung mahu penginapan yang betul2 dekat dengan waterpark, bolehlah menginap di Laketown Hotel Bukit Merah. Pilihan yang lain adalah Kampung Air Chalet Bukit Merah dan juga homestay yang bersepah di sekitar kediaman Bukit Merah.

Kami memasuki Bukit Merah Laketown Resort dari arah Taiping, jadi papan tanda ini yang menyambut kehadiran kami. 

Tiba di lokasi yang amat ditunggu-tunggu oleh MHD dan adiknya QM *loncat sana loncat sini*

Tidak ramai pengunjung yang berurusan di kaunter, jadi urusan daftar masuk kami cukup cepat. Petugas juga amat mesra alam dan comel *toink*. Walaupun pembayaran penuh telah dibuat melalui Agoda, kami diminta membayar wang deposit RM100 yang akan dipulangkan sewaktu daftar keluar.

Bilik 7101 tempat kami menginap hanya terletak di aras 1. Senang mahu turun ke outdoor pool. Kemudahan lif disediakan jadi tak perlu risau jika anda membawa barang2 yang agak banyak.

Ruang tamu apartment agak kecil menempatkan meja makan kecil, set sofa boleh ubah dan juga TV model lama *toink*. Kelihatan MHD berehat2 sambil menonton TV. Walaupun agak kecil tapi kami amat berpuas hati dengan kebersihan apartment. Langsung tiada bau yang kurang menyenangkan seperti mana yang pernah kami alami sewaktu menginap di Marina Court suatu ketika dahulu.

MHD dan QM menyelongkar bekalan yang kami bawa dari rumah. Ini bukan dapur tapi hanyalah pantry yang letaknya juga di ruang tamu bersebelahan dengan meja makan kecil. Kelihatan dibelakang MHD dan QM peralatan untuk membancuh kopi tapi mana stok kopi/teh/gula/creamer? Memang pihak hotel tidak sediakan atau mereka terlupa?

Mari kita jenguk bilik tidur utama. Katil bersaiz queen, almari pakaian, meja solek kecil dan ada bilik air sendiri. Saiz bilik agak kecil, tiada ruang untuk meletakkan katil tambahan. Jika anda minta katil tambahan, ia akan diletakkan di ruang tamu dan bukannya di dalam bilik utama.

Ini pula bilik tidur kedua, sudah tentu saiz bilik makin mengecil berbanding bilik tidur utama. Saiz katil juga makin mengecil, jika anda dan pasangan bersaiz XXL memang tidak selesa untuk tidur bersama. 

Bilik air umum yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk apartment. Kelengkapan asas seperti tuala mandi, sabun dan shampoo disediakan. Bilik air juga cukup bersih dan selesa.

Sofa diruang tamu menjadi katil bujang bila menjelang malam. MHD suka betul tidur di atas sofa ini sambil menonton TV.

Jadi apa aktiviti kami pada hari pertama di Bukit Merah Laketown Resort? Hanya gedik santai dan beristirehat di bilik. Walaupun MHD dan QM merengek-rengek mahu terjun ke outdoor pool, kami hanya bermalas-malasan dibilik. Lebih2 lagi petangnya hujan turun sedikit lebat, mana mungkin budak baru kebah deman mandi kolam dikala hujan turun?

Hujan hanya reda menjelang 6 petang, jadi kami suami isteri bersama MHD dan QM mengambil keputusan untuk bersiar-siar di kawasan sekitar Bukit Merah Laketown Resort. Bertentangan dengan Suria Apartment kelihatan deretan apartment yang kelihatan kusam tidak diselenggara dengan baik (pemerhatian luaran sahaja, tidak pasti pula dalamannya bagaimana). Kebanyakkan unit apartment tersebut diiklankan sebagai homestay atau bilik untuk disewa. Memang banyak pilihan, tepuk dada dan runding dengan pemilik berkaitan harga dan kemudahan yang disediakan.

Kami memandu meninjau-ninjau kawasan waterpark kemudian berpatah balik ke arah Surau Mustapha Kamal. Pada mulanya kami sangka Mustapha Kamal pelakon tapi rupanya Mustapha Kamal pemilik MK Land iaitu pemaju Bukit Merah Laketown Resort. Rupanya Bukit Merah turut menempatkan kawasan perumahan dan juga kolej kejururawatan. Menarik.... kolej di persekitaran resort, pasti amat kondusif untuk aktiviti pembelajaran.

Tidak jauh dari Surau Mustapha Kamal ada satu deretan rumah kedai yang menempatkan kedai komputer & fotokopi, kedai serbaneka dan juga beberapa buah restoran. Jadi soal makan memang tiada masalah disini, melainkan waktu puncak di mana terlalu ramai pengunjung yang datang. 

Surau Mustapha Kamal, ada pengunjung menjadikan surau ini sebagai tempat transit sementara menunggu waktu daftar masuk di mana2 hotel. 

Salah satu restoran yang ada disekitar Bukit Merah Laketown Resort. Kami singgah di sini untuk beli kangkung goreng belacan dan sup ekor sebagai hidangan makan malam. Disebelahnya pula adalah restoran mamak jadi memang tiada masalah untuk penggemar kari seperti QM untuk menjamu selera.... hehehehe.

Disebelah malamnya, kami hanya menonton TV selepas makan malam. MHD dan QM tidur awal sebab keesokkan harinya mereka telah kami janjikan untuk berjimba2 di kolam renang. Saya sendiri pun tidur awal sebab terlampau kekenyangan semasa makan malam tadi ~ Nite.

No comments:

Post a Comment