Monday 14 January 2013

Balik Sabah Part 3 ~ Tenom Oh!!!! Tenom

Awal pagi dah bangun... siap bagai dan check out dari Century Hotel. Simpan barang dulu dalam perut bas Tung Ma Nui Luk, kami menuju kedai kopi berhampiran untuk sarapan. Order teh tarik dengan soto perut.... soto perut ni rasanya meehoon sup kalau kita kat Semenanjung.


Kedai Kopi Hung Kee tempat kami breakfast... klu tak biasa ragu2 je nak masuk kan sbb bukan kedai makan muslim. Kalau ikut adat setempat, kedai sebegini pemilik saja non-muslim tapi penyedia makanan adalah muslim... Wallahuallam.

Comel jew budak cashier ni... hehehehe

Perut dah kenyang senang hati terus naik bas sementara menunggu masa bertolak. Bas Tung Ma Nui Luk bertolak tepat pada masanya. Bermulalah perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3.5 jam. Biasanya bas ekspress akan menggunakan laluan Kota Kinabalu-Kimanis-Keningau-Tenom, ini merupakan laluan baru, jalan agak baik dan masa lebih singkat. Laluan satu lagi adalah Kota Kinabalu-Tambunan-Keningau-Tenom, jauh dan berbukit bukau serta jalan seperti ular kena palu tapi I like sebab pemandangan dia cantik.


Pertengahan perjalanan bas akan berhenti di Oyong Rest Area, Ulu Kimanis bagi memudahkan para penumpang membuang @ re-fuel perut masing2.

Walau laluan mana dipilih... pemandangan memang amazing kata omputih... akan lalu kawasan yang masih menghijau dan belum tercemar dengan arus pemodenan yang melampau. Tapi sejauh mana pedalaman Sabah mampu bertahan dari kerosakkan alam angkara arus pembangunan?

Menjelang tengah hari kami selamat tiba di pekan Tenom. Keluarga belah wife bersama our kids telah setia menunggu... hahahaha. Lama betu tak jenguk my kids, dah besar panjang rupanya. 

Apa kami buat di Tenom... sepanjang 2 minggu hanya makan dan tidur... hahahaha. Kalau yang berkesempatan melawat Tenom, jangan lupa singgah di Pusat Kebudayaan Murut dan juga Taman Pertanian Lagud Seberang. Kami pernah ke sana lama dahulu, Inshaa Allah kalau ada kesempatan akan buat belated posting... boleh ke?

Juga jangan lupa beli kopi Tenom yang terkenal tu... walaupun originaliti kopi Tenom tersebut sudah boleh dipertikaikan. Kopi Tenom bermaksud kopi yang ditanam di Tenom dan diproses di Tenom. Hakikatnya kini, kopi saja diproses di Tenom tapi biji kopi diimport dari Indonesia. Penduduk setempat seakan tawar hati untuk menanam kopi disebabkan oleh pulangan yang tak seberapa, hasil manipulasi orang tengah dan juga pemilik kilang kopi yang majoritinya bukan peribumi.


Salah satu pengilang kopi di Tenom.


Antara produk yang sebahagiannya jadi cenderamata untuk rakan taulan di Semenanjung.

My father in-law merupakan salah seorang bumiputera yang pernah bergiat aktif dalam pertanian termasuklah penanaman kopi. Namun akhirnya patah hati dan pencen dari menjadi sebahagian dari rantaian industri kopi di Tenom Sabah disebabkan manipulasi harga yang keterlaluan... kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap penanaman pisang dan juga getah.

Bercakap pasang pisang Tenom... hahahaha pisang Tenom.... macam best je bunyinya. According to my FIL pisang Tenom ini ada keunikan yang tersendiri. Rasanya lain berbanding pisang2 di tempat lain. Ini kerna... ya kerna.... komposisi tanah di Tenom yang berlembah menyebabkan rasa pisang Tenom lebih sedap.... betul ke, kena buat kajian saintifik ni sebab bila saya makan rasa sama je.

Nak cerita juga pasal pekan Tenom, tak adalah besar mana tapi cukup untuk membekalkan keperluan asas bagi kegunaan penduduknya. Ada masjid, balai polis, balai bomba, hospital dan segala kemudahan yang lain.... p/s: kemudahan tu ada tapi sejauh mana kualiti perkhidmatan @ mutu kemudahan tersebut.... hehehehe. 

Paling hazab bekalan air lebih2 lagi jika kedudukan rumah anda jauh ke dalam. Masalah tekanan air rendah, dan paling ketara cara air tersebut dirawat. My FIL kata macam terlebih rawat, terlampau banyak klorin etc..... apa komen anak jati Tenom?


Masjid Tenom... Alhamdulillah


Khutbah Jumaat bakal bermula.....


Nak kurang rasa klorin @ kapur beli saja air mesin.... hehehe


Gadis peribumi Tenom... anak sape la comel sangat ni....


Lepas solat Jumaat, kami pergi makan di Full House Cafe Tenom... unik kan cara dia hidang nasi goreng pataya ayam... hehehehe


Kejadian berhampiran simpang ke Sungai Api... Nangis2 nyonya tu kereta dia remuk... huhuhu....

No comments:

Post a Comment