Thursday 14 June 2012

Review Histana Hotel Klang - Standard Room

Hotel Histana Klang 

Intro
Hotel Histana merupakan sebuah hotel berstatus 3 bintang terletak tidak jauh dari Shah Alam. Saya booked standard room melalui Agoda dengan harga RM80++ tanpa breakfast.

Check-in dan check-out
Urusan daftar masuk amat pantas, kombinasi kecekapan staff dan juga sebab tidak ramai tetamu. Kebetulan masa saya daftar masuk (hampir jam 11 pm) tiada bilik disediakan untuk saya walau tempahan telah dibuat seminggu awal melalui Agoda. Pengajaran berguna, selalu follow up dengan hotel berkenaan sebelum anda tiba, terutamanya jika anda melancong ke luar negara.... tiada bilik merempatlah jawabnya jika hotel berdekatan pun fully booked. Nasib saya agak baik, masih ada bilik kosong yang tersenarai dalam system mereka... selamat saya untuk malam tersebut. Urusan daftar keluar juga sepantas daftar masuk, tinggalkan kunci bilik, dan tunggu petugas kaunter keluarkan resit hotel.... cepat dan pantas.

Kebersihan & kemudahan dalam bilik
Bilik agak usang tapi masih bersih... mengingatkan saya kepada Wina Holiday Villa di Bali. Tilam masih empuk tapi bantal agak kurang selesa. Bilik air bersih tapi dekorasi bilik air amat out-dated. Hanya tabir plastic digunakan untuk memisahkan ruang mandi dengan toilet. Air akan melimpah ke segenap ruang lantai bilik air bila anda mandi, tiada bath tub tapi nasib baik hot water system masih berfungsi dengan baik. Mini bar juga kosong kecuali dibekalkan dengan 2 botol mineral water. Iron tiada, jadi anda perlu call petugas untuk dapatkan iron. TV dengan siaran yang agak terhad (masih guna model lama tu... patut dah tukar kepada LED TV flat screen....).

Lokasi
Pada hemat saya, lokasi sedikit jauh dari Shah Alam dan juga Bandar Klang, terutamanya bagi mereka yang tanpa kenderaaan. Tapi pihak hotel ada menyediakan kenderaan beserta pemandu untuk mereka yang perlu.

















No comments:

Post a Comment