Thursday 3 May 2012

Busselton-Margaret River-Augusta ~ Day 4: Busselton Jetty, Margaret River Dairy Company, Metricup Birds Park, The Grove Vineyard and Laurance

April 29, 2012 (Sunday)

Our last day, tour to Margaret River. First thing first, kemaskan rumah Marion & Morris, tempat kami menginap for the last 4 days. Make sure everything just like before we enter the house, even tried to make looked better. Orang berbudi, kita berbahasa.... Marion & Morris bermurah hati membenarkan The 6 Stooges menginap di beach house mereka secara percuma, so we more than willing to clean up their house as best as we can before leaving the house.

So where are we heading to today? The infamous Busselton Jetty!!!! Not far from Marion & Morris place, around 15 minutes drive if I'm not mistaken. The weather, just like couple of days ago, not in our side. Kept raining and raining.... even heavier today. Lucky enuff, the rain stopped when we arrived at Busselton Jetty....  stretching 1.8 km across Geographe Bay, Busselton Jetty is the longest tiber-piled jetty in the Southern Hemisphere.

 Sayup2 kelihatan penghujung jeti, 1.8 km tu jauhnya....

Nak masuk jeti kena bayar AUD2.50 seorang. Tapi kalau tak nak jalan kaki, boleh naik train. The price for jetty train AUD11 for adult 15 years and above, AUD6 for kid 3-14 years old. Dekat dengan entrance ada interpretive centre and heritage museum. Di sini jugalah tempat jual tiket dan juga sobenier. Penghujung jeti ada satu lagi sobenier shop, dan juga Underwater Observary. Harga nak masuk Underwater Observary adalah AUD29.50 termasuk return jetty train journey.

Jetty day pass... AUD2.50

Masa The 6 Stooges sampai, train tidak beroperasi disebabkan masalah cuaca. We just walked to the end of the jetty. Makin jauh ke tengah laut, makin kuat angin menghembus... hembus ke? Mahu tercampak budak kecik ke laut.....

Menariknya di pertengahan jeti, ada macam kawasan memorial untuk someone yang hidupnya berkait rapat dengan jeti tersebut... such as regular visitors, fisherman etc.

In memories... RIP

Along the jetty, boleh jumpa kaki pancing.... memancing dibenarkan.

Penghujung jeti, angin bukan main kuat... be careful with ur camera, takut terpercik air masin.

Bila dah sampai hujung jeti, The 6 Stooges lepak2 sekejap... amik gambar dan beli fridge magnet buat sobenier. Kami tak masuk pun Underwater Observary. Kemudian cepat2 berjalan balik sebab langit hitam macam nak hujan. Sekali sampai ke pangkal jeti, cuaca jadi baik dan terang. Lepak2 kat information centre dan heritage museum sebelum menuju sunday market yang terletak tidak jauh dari Busselton Jetty.

Tak besar mana pun sunday market kat sini, hanya beberapa buah gerai jual buah, kuih-muih, baju2 dan juga bunga. Baru dua tiga gerai The 6 Stooges jengah, tetiba hujan turun bukan main lebat. Me berlari untuk berteduh bawah pokok while others menyelinap bawah khemah tempat jual buah. Sekali masam mencuka makcik jual buah tu, sebab semua orang bersesak2 bawah khemah dia... keh3. Tapi The Stooges buat2 tak faham... okies, beli jugalah buah dalam sekilo dua dari makcik tu, buat amik hati. Lagipun murah giler harga buah makcik tu!!!!!!!

Gerai jual beg pun ada.

Me yang masih berteduh bawah pokok rasa cuak pulak, risau juga kena panah petir. So decided untuk ke kereta, selamatkan diri dan juga untuk selamatkan camera. Cantik je sampai ke kereta, hujan berhenti... masuk kereta keringkan badan guna heater sementara tunggu yang lain sampai.

Since nothing more to do with Busselton Jetty, we decided untuk gerak ke Marion & Morris farm house untuk pulangkan kunci. Maybe already written semenjak azali, tour The 6 Stooges kali ini penuh dengan dugaan. Not long after leaving Busselton Jetty, agak2 tak panas punggung dalam iMax, baju pun belum kering, we was followed by police patrol car. Okies, saja nak follow kot.... sedapkan hati. Lagipun rasanya tak buat salah apa pun, lesen pun masih sah.... tak perlu risau.... ngeh3.

Sekali lampu biru merah dia menyala... siap ada bunyi viut3. Sah kami kena tahan... apa hal pulak ni. Me terus berhentikan iMax tepi highway tapi brader polis tu suruh parked kereta kat parking lot kedai berhampiran. Tak nak ganggu lalulintas le tu...

How ya doin mate? I'm presumed all of you student ya... macam tu le lebih kurang mukaddimah brader polis. Doing well mate... answered me sambil mata melirik kat pistol brader polis tu. And the conversation continued like this;

Officer: You know why we stopped you mate?
Me: (Geleng2 kepala tanda tak tahu)

Officer: 3 of ur passengers not wearing seatbelts, we saw it.
Me: (Hanya mampu buat muka terkejut)

Officer: You know why they not wear their seatbelts  mate?
Me: Know nothing, maybe you should ask them (jawapan nak kena pelempang dengan polis).

Officer: Ask them huh? Its your responsibility as a driver to remind them.
Me: (Hanya mampu buat muka tak tahu dan terkejut yang amat).

Officer: May I see your driving licence mate? And the ID of passenger behind you.
Me: Behind me, Vina?
Vina: Huh, me?

Masa ni gabra dah, sampai terpelanting driving lesen masa nak hulur tu.... lesen memandu Malaysia siap dengan translation dari Malaysian Consulate di Perth.

When Vina hand over her ID, an Australia Driving Licence... brader polis tu buat nada sinis... huh, you are Western Australian, you should know the rules.

Bala2... lepas brader polis tu returned to his patrol car with my driving licence and Vina ID, The 6 Stooges began guessing what will happen next. Dah nampak dah duit terbang melayang2.

Brader polis tengah tulis surat saman... The 6 Stooges dalam kereta dah gabra tak sudah.

Awhile later......

Officer: Take your driving licence back mate. I will back for you after the passenger.
Me: Thanks (what for?)

Officer: Okies Miss Vina, this is ur ID. We fined you AUD500 for not wearing seatbelt. You can pay... bla3.
Vina: Hanya mampu mengangguk... sambil buat muka poyo.

Masa ni masing2 dah terdiam. 500 dollars tu melayang....

The price need to pay by Vina.

Officer: And you as a driver, you can be fined AUD700 for not remind ur passenger to wear seatbelt.
Me: Huh, 700 dollars? (Sambil buat2 muka terkejut dan menyesal)
Officer: But.... considering you might don't know the law, we will not fine you today... as well as another 2 of ur passengers. Just be more carefull next time mate.
Me: Owh okies... thanks for that.
Officer: Have a nice day.
Me: You too!!!!!!

After checking the condition of Vina's seatbelt, the police officer went off to their next target and The 6 Stooges terpaku dalam iMax seketika. Masing2 buat muka tak percaya Vina kena saman 500 dollars. Cheap vacation became too expensive for her now!!!!

Thanks Allah sebab me selamat dari kena saman 700 dollars as well as other 2 of The Stooges. Only God knows why only Vina yang kena saman.... kesian dia. Nasib baik dengan izin Allah me lepas, sebab masih guna Malaysian driving licence, so ada budibicara.

Hilang rasa tergezut, The 6 Stooges kembali menjelajah. This time to The Margaret River Dairy Company. There are 2 retail shops belong to The Margaret River Dairy Company, one in Bussel Highway, Metricup and another one Bussel Highway, Cowaramup. Not sure which one yang The 6 Stooges singgah. Here we can find berbagai jenis cheese dan yoghurts.

The Margaret River Dairy Company.... retail shop di Metricup kalau tak silap.

Then singgah pula di Metricup Bird Park. Tak masuk pun dalam taman burung, malas nak keluar duit untuk entrance fee. Jenguk sobenier shop je, beli fridge magnet. Tapi menariknya dalam sobenier shop dia ada berbagai parrots native to Australia, bukan untuk dijual tetapi pameran. Jinak dan comel2.

Tangkap lentuk... seronok kepala kena belai.

For the sake of Wan Hon and others, we able to visit two wineries before heading back to Perth. Landmark mana2 wineries kat sini, pintu masuk mesti ada pagar batu yang amatlah cantik dan nampak gah. Dalam kawasan wineries siap dibuat taman... so bagi kita yang tak minum bolehlah sekadar melawat taman yang ada dalam kawasan wineries. Tak kena marah pun kalau sekadar melawat.....

First wineries The 6 Stooges singgah adalah The Grove Vineyard. Outside decore memang cantik, siap ada kolam bagai. Kebetulan The 6 Stooges sampai sini waktu lunch hour, so pekena meehon goreng hasil tangan Mrs dulu... makan dalam iMax je sebab masih hujan. Finished our lunch dan hujan pun dah berhenti, bergerak ke club house. Club house ni terbahagi dua, satu area untuk wine testing dan satu area lagi cafe, opened for breakfast and lunch. We went for some drink (non alcohol wei....). Me order chocolate milkshake and Mrs hot cappuchino. Others tak ingat apa yang diorder... all non alcoholic.

Bagak betul style pagar batu dia... lambang kemewahan pengeluar wine di Margaret River.

Small pond located outside the club house.... siap ternak buaya tu.

Tomey je choc milkshake.

2nd wineris yang The 6 Stooges singgah adalah Lauren Wineries. Infamous Lauren memang terkenal sebagai pengeluar wine antara yang terbaik di Margaret River. Persekitaran Lauran Wineries memang marbeles.... dengan rumput segar menghijau, deretan pokok anggur yang subur, haruman taman mawar yang merah mewangi, juga dihiasi dengan kolam yang jernih airnya.

Outside deco of Lauren Wineries.

Autumn in Lauren Wineries.

Aneka ragam wine keluaran Lauren.

Wan Hon end up here without any wine testing since she will be the one who will drive us back to Perth (padahal dia yang beriya2 nak visit wineries). Unexpectedly last minutes Xixi nak cuba test berbagai jenis wine... secretly for some reason/s, someone tak puas hati sebab its was her last minutes decision (guess who? ngeh3)... and end up Xixi borong berbotol2 wine... banyak betul duit amoi ni.

Back to Lauren Wineries set-up, terserlah kemewahannya disana-sini. Perabot mahal, lukisan mencecah ribuan dollars terpampang di dinding, ukiran oleh pengukir elit... hmmmm.... kemewahan dunia.

Dalam toilet pun gantung lukisan yang mencecah harga... yang tak mampu kita jangkau atau tak sanggup nak bayar.

Inside decor... botol wine lama pun jadi bahan pameran.

At Lauren, Sharon bought a bottle of wine for Marion & Morris. To show our appreciation for their hospitality.

Finished our business at Lauren, went to Marion & Morris farm house to hand over their beach house key. Gladly dia terima sedikit buah tangan dari Sharon, her future daughter in law... keh3. Tak lama di sini sebab hari dah makin petang. After berbasi basa lebih kurang, bertolak balik ke Perth.

Again and again, sekadar nak menambah perisa.. beberapa kali our iMax hampir mishap dengan kereta kat highway. Me dah cuak dah, Wan Hon ni drunk ke... tapi tak nampak pula dia minum tadi... wink2. Rasa nyesal pun ada lawat wineries tadi... subahat juga tu.

Dah malam baru kami sampai Perth. Alhamdulillah selamat semuanya. Masing2 buat muka penat dan tunjuk muka rindukan bantal tilam. Simpan iMax at my place first, esok pepagi kena hantar balik Thrifty, my last task as a second driver.

Jambangan bunga yang diangkut dari ladang Marion & Morris.

~ End of The 6 Stooges epic journey ~

No comments:

Post a Comment