Thursday 12 April 2012

Bercuti Ke Bali 2012: Day 4 ~ Kintamani Tour

Tour dan Shopping Sampai Lebam!!!!!

Destinasi hari ini adalah Kintamani nak tengok Gunung Batur.....
Jauh juga, kira2 2 jam perjalanan


Dalam perjalanan ke Kintamani, kami singgah di Sari Amerta
Gedung perusahaan batik
Brader kat atas tu tengah lukis batik, hand made.....
Kat sini Mrs Ketam shopping sampai lebam
Habis ratus2 ribu... duit rupiah le..... hehehehehe

Dalam perjalanan tu juga akan lalu perusahaan perak dan ukiran kayu
Kalau berminat, minta je tour guide atau pak supir singgah
Kami tak singgah pun, maybe next time


Persinggahan seterusnya Tegallalang
Lokasi penanaman padi bukit
Indah menghijau
Tak besar mana pun.....

Nak singgah Tegallalang kena bayar IDR10 000/pax
Kat tepi jalan ada kedai sobenier kalau nak memborong
Kami tak beli apa pun
Singgah sekejap je sebab hujan masih merintik

Terus mendaki ke kemuncak Kintamani
Tour guide dah sound awal2
Kabus tebal, mungkin tak nampak apa2 pun
Nak masuk sini pun ada tol.... IDR20 000/pax


Memang kelabu asap pun!!!
Kabus sikit punya tebal
Langsung tak nampak Gunung Batur
Pic ni snap dari Restoren Batur Sari
Nak makan boleh, nak masuk view gunung saja pun boleh... no hal kata tour guide
Sebab tak nampak gunung, kami decide tak nak makan kat situ
Hehehehehehe.....
Tunggu punya tunggu kabus tak hilang
Jadi tour guide kata jom pegi pekena kopi luwak


Elelehhhhhhh.... kontrol ayu pulak brader ni
Dia tengah goreng biji kopi tu... traditional way
Muka brader ni mesti dah tersebar saentero alam maya
Setiap tourist datang mesti snap muka brader ni... glemer you!!!!!!


Ni la makhluk Tuhan bergelar luwak tu
Dia akan makan buah kopi, yang baik dan terpilih saja
(Pandai memilih tu....)
Kemudian dia akan berak biji kopi tu


Nampak berak biji kopi kat atas tu?
According to tour guide
Luwak tu akan berak tahi satu tempat, dan berak biji kopi kat tempat lain
Kata tour guide le..... kalau dia tipu, Ketam pun tipulah.......


Berak biji kopi itu akan dikumpul dan dibersihkan sebelum diproses
Pic kat atas biji kopi yang sudah dibersihkan dan digoreng
Nampak bersih dan suci kan?
Hehehehehehehe.....


Kopi luwak yang dalam teko hijau tu
Harga dalam IDR60 000
Lain-lain tu diberi percuma
Kopi bali, kopi arabica, teh halia, cokelat
(Kalau tak beli kopi luwak pun, yang lain2 tu akan diberi percuma ~ betul ke?)

Nak tahu apa rasa kopi luwak ni?
My Mrs kata marbeles, to me rasa cam kopi je lah... tak ada istimewa pun!!!!!!
Heheheheh... me not coffee person... lainlah my Mrs


Persekitaran kebun kopi luwak ni memang mendamaikan
Ada hutan, ada taman, kolam ikan pun ada.....
Depan kolam ikan ni ada kedai jual kopi, boleh beli kopi luwak kat sini kalau berminat

Minum kopi luwak je mana boleh kenyang
Dah masuk waktu lunch
Jadi kami singgah di Wong Solo
(Kedai masakan Sunda atau Jawa)
Menu memang marbeles, sehingga menjilat ibu kaki
Wong Solo ni bagus, siap ada surau kecil, senang nak sembahyang

Sepatutnya lepas lunch dan zuhur kami menuju Uluwatu
Melihat tarian Barong
Juga tengok monyet
Tengok monyet? Apa daaaaaaaa.....
Sekali on the way dapat info Uluwatu hujan lebat
Semua show dibatalkan.....


Sudahnya kami hanya ke Krisna dan Hawaii untuk shopping sampai lebam
Tak lebam mana pun, sobinier untuk anak2, famili dan rakan terdekat

Kemudian sambung shopping lagi di Discovery Shopping Mall
Abaikan jika masa anda shopping ada brader bagi pamplet percutian segala
Kekadang tu macam sindiket gores dan menang.... macam kat KL tu


Kat belakang mall ni ada pantai
Pemandangan sun set memang marbeles
Juga Beach Club dan banyak bistro
Kami lepak sini hingga malam, sementara tunggu masa Pak Isme jemput kami ke airport

No comments:

Post a Comment