Wednesday 11 April 2012

Bercuti Ke Bali 2012: Day 3 ~ Nyepi Day

Tahun Baru Caka @ Isaawarsa

Hari Nyepi atau Silent Day disambut oleh masyarakat Hindu Bali
Ia menandakan akan kehadiran tahun baru dalam kalendar Hindu Bali
Hari Nyepi bermula dari jam 6 pagi hingga 6 pagi hari berikutnya

Dalam tempoh tersebut penganut Hindu di Bali akan:
Berkurung dan berdiam diri di dalam rumah
Berpuasa selama 24 jam
Bermeditasi

Juga dilarang untuk:
Menyalakan lampu di malam hari
Bekerja
Berliburan (TV dan radio juga tanpa siaran)

Segala larangan ini turut melibatkan pelancong asing
Pelancong asing hanya dibenarkan untuk berkeliaran di kawasan hotel sahaja
Malahan lapangan terbang juga turut ditutup
(Bising bunyi kapal terbang, mengganggu kedamaian Hari Nyepi)
Boleh dikatakan Bali sunyi sepi seperti bandar hantu

Sekarang anda tahu kan...
 Kenapa tiket flight dan hotel yang Ketam dapat murah sakan
Hehehehehehe....
Sebab pada Hari Nyepi, langsung tak boleh buat apa
Berkurung saja di hotel

Tapi bagusnya masih ada toleransi
Maknanya pelancong masih boleh pasang lampu bilik tapi seminima mungkin
Masih boleh mandi kolam tapi jangan bising
Semua staff hotel akan tidur di hotel
Jadi perkhidmatan dalam hotel masih ada.....


Nampak brader yang pakai pelikat petak hitam putih tu?
Dikenali sebagai PECALANG
Penguatkuasa undang2 adat di Bali
Memastikan tiada sesiapa berkeliaran di jalanan sepanjang Hari Nyepi
Malahan pelancong asing pun akan dikenakan tindakan
Jika tidak mematuhi undang2 tersebut.....


Aktiviti Mr and Mrs Ketam pada Hari Nyepi
Reading books dan berehat sepuasnya di hotel...

Menyesal atau tidak tiba di Bali menjelang Hari Nyepi?
Hmmmmm......
Ya dan tidak!!!!!
Ya sebab rugi satu hari tak boleh jalan2
Tidak sebab bukan semua orang boleh merasai pengalaman menjelang Hari Nyepi
Priceless.....

No comments:

Post a Comment