Wednesday 11 April 2012

Bercuti Ke Bali 2012: Day 2 ~ Legian Street

Jom merayau!!!!!

Lepas puas berehat di bilik, petangnya kami merayau lagi
Berjalan kaki sekitar Jalan Pantai dan Jalan Legian


Foto Jalan Pantai Kuta
Teksi kaler biru tu Teksi Bluebird, teksi paling dipercayai di Indonesia
Tapi awas dengan teksi palsu
Bluebird ori plat TAKSI atas bumbung tu ada lambang burung
Kemudian dekat pintu belakang ada alamat website company kalau tak silap
Tourist suka naik teksi Bluebird ni....
Sebab mereka mesti gunakan meter


Di Jalan Pantai juga letaknya Hard Rock Cafe
Kalau minat, memalam boleh lepak sini
Ada live entertaiment.....
Sebelah Hard Rock Cafe ni adalah Hard Rock Hotel
Nampak cam bagus, security pun ketat...
Kenderaan nak masuk area hotel siap kena check kiri kanan atas bawah!!!!!


Ni Jalan Legian.....
Kiri kanan penuh dengan spa, kedai sobenier dan juga cottages
Jumpa satu mamat Indon meniaga kat situ
Cakap melayu loghat Penang tu!!!!!!!
Tapi masa ni banyak kedai dah tutup
Sebab esoknya Hari Nyepi  


Nama benda ni Ogoh-ogoh
Diperbuat dari buluh dan kertas
Akan diarak pada petang sebelum Hari Raya Nyepi
Kemudian akan dimusnahkan, dibakar atau dibuang ke laut
Sebagai tanda penyucian dari segala kejahatan menjelang Tahun Baru Caka
(Upacara Bhuta Yajna)


Masa merayau tu... sering bertembung dengan perarakan seperti di atas
Ni baru lepas upacara sembahyang di pura atau temple
Dipanggil upacara Melasti.....


Kami jalan depan lagi nampak memorial mangsa pengeboman Bali
(Terjadi pada October 12, 2002)
Memorial ini didirikan di atas tapak Paddy's Pub
Sebelah kiri jika anda mengadap memorial adalah Sari Club
Paddy's Pub dan Sari Club musnah dalam kejadian tersebut
Mengorbankan 202 jiwa.....


Segenap ceruk Kuta kami jelajah
Lorong demi lorong kami masuk.....
Tapi ceruk mana pun nampak spa.... Bali memang terkenal dengan spa, murah lagi tu.....



Juga patung2 dewa
Sesetengah individu tak selesa pergi Bali, sebab banyak sangat patung dewa
Bagi kami, itu adalah resam setempat.....



Singgah kejap kat Mini Mart beli minuman, mee segera dan jajan
Sebab esok kedai semua tutup
Dan sesiapa pun tak dibenarkan keluar semasa Hari Nyepi


Sedar tak sedar...
Sampai malam kami merayau
On the way balik hotel jumpa Wak jual jagung bakar
Harga IDR10 000 seketul
Rasa memang marbeles, rasa pedas2 gitu...


Hard Rock Cafe waktu malam
Nak masuk tapi tetiba terfikir...
Kalau tetiba meletup macam mana?
Hehehehehe..... naya tu!!!!
Lagi pun dah penat
Terus jalan balik hotel
Dinner dengan mee segera, mandi dan tido...

Nite peeps!!!!!

No comments:

Post a Comment